Izzat Shameer tidak anggap tempat ke Glasgow 2026 sudah terjamin

Izzat Shameer tidak anggap tempat ke Glasgow 2026 sudah terjamin | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Thailand, Kemboja nyatakan kebimbangan terhadap situasi di Asia Barat Dunia Israel lancar serangan udara besar-besaran ke atas Tehran Dunia Rubio batalkan lawatan ke Israel yang dijadualkan pada Isnin Advertisement Sukan Izzat Shameer tidak anggap tempat ke Glasgow 2026 sudah terjamin Bernama 01/03/2026 | 16:51 MYT Izzat berkata proses pemilihan masih berjalan dan beliau enggan terlalu selesa walaupun mempamerkan aksi konsisten dalam kejohanan. KUALA LUMPUR: Atlet boling padang negara Izzat Shameer Dzulkeple tidak menganggap kejayaannya pada Kejohanan Boling Padang Jemputan 7 Negara 2026 sebagai tiket automatik untuk menempah slot ke Sukan Komanwel Glasgow 2026.Beliau yang pernah merangkul beberapa emas di Kejohanan Boling Padang Asia dan Sukan SEA itu berkata proses pemilihan masih berjalan dan beliau enggan terlalu selesa walaupun mempamerkan aksi konsisten dalam kejohanan jemputan di laman sendiri itu, bulan lepas.Advertisement “Saya akan cuba beri aksi terbaik sampai nama betul-betul sah (tersenarai). Sekarang masih dalam proses pemilihan, jadi penting untuk saya kekalkan persembahan,” kata bekas pemain nombor satu dunia berusia 34 tahun itu ketika ditemui baru-baru ini.Pada Kejohanan Boling Padang Jemputan 7 Negara 2026 di Bukit Kiara, di sini, Izzat Shameer melengkapkan kejayaan Malaysia menyapu bersih kesemua empat acara selepas menewaskan Shannon McIlroy dari New Zealand Silver 2-1 dalam final singles lelaki.Sementara itu, pemenang gangsa singles lelaki Piala Dunia 2025 itu menyifatkan kehadiran padang boling padang mudah alih di Bukit Kiara yang mula digunakan beberapa bulan lepas sebagai pemangkin peningkatan prestasi pemain negara.Beliau berkata kemudahan baharu itu antara yang terbaik di Asia serta setanding dengan fasiliti di Australia dan United Kingdom sekali gus memberi kelebihan dalam membuat persiapan lebih rapi menjelang Glasgow 2026.“Saya ada peluang untuk berlatih dengan lebih baik dan beri yang terbaik untuk Sukan Komanwel kali ini,” katanya yang bakal membuat penampilan kedua selepas edisi Birmingham 2022.Sukan Komanwel Glasgow 2026 dijadual berlangsung dari 23 Julai hingga 2 Ogos, mempertandingkan 10 jenis sukan termasuk sukan para antaranya renang, boling padang, olahraga, angkat berat, berbasikal trek, powerlifting dan bola keranjang kerusi roda 3×3.Di Glasgow, boling padang menawarkan empat pingat emas menerusi acara singles lelaki dan wanita serta pairs lelaki dan wanita.Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas boling padang temasya itu ialah pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia menerusi gandingan Siti Zalina Ahmad dan Emma Firyana Saroji dalam acara pairs wanita.– BERNAMA Topic Berkaitan #SUKAN #boling padang #Sukan Komanwel 2026 #Izzat Shameer Dzulkeple Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Thailand, Kemboja nyatakan kebimbangan terhadap situasi di Asia Barat 3 minutes ago Dunia Israel lancar serangan udara besar-besaran ke atas Tehran 7 minutes ago Dunia Rubio batalkan lawatan ke Israel yang dijadualkan pada Isnin 9 minutes ago Malaysia [KOLUMNIS] Konspirasi, persepsi dan kedaulatan undang-undang 12 minutes ago Sukan Izzat Shameer tidak anggap tempat ke Glasgow 2026 sudah terjamin 20 minutes ago Malaysia Penduduk New York protes serangan ketenteraan AS ke atas Iran 28 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *