Jabatan Perikanan pinda Peraturan-Peraturan Perikanan, perkukuh aspek kawal selia

Jabatan Perikanan pinda Peraturan-Peraturan Perikanan, perkukuh aspek kawal selia | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia 3 ditikam di perpustakaan di Jepun, lelaki ditahan kerana percubaan membunuh Malaysia Seruan solat hajat dan doa untuk Hashim Jasin Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Advertisement Malaysia Jabatan Perikanan pinda Peraturan-Peraturan Perikanan, perkukuh aspek kawal selia Bernama 19/02/2026 | 22:17 MYT Jabatan Perikanan Malaysia sedang meminda Peraturan-Peraturan Perikanan di bawah Seksyen 27 Akta Perikanan 1985, iaitu Peraturan-Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan Yang Terancam) 1999 bagi memasukkan sembilan spesies mamalia marin ke dalam senarai perlindungan sedia ada. PUTRAJAYA: Jabatan Perikanan Malaysia sedang meminda Peraturan-Peraturan Perikanan di bawah Seksyen 27 Akta Perikanan 1985, iaitu Peraturan-Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan Yang Terancam) 1999 bagi memasukkan sembilan spesies mamalia marin ke dalam senarai perlindungan sedia ada.Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Datuk Adnan Hussain dalam kenyataan hari ini berkata pindaan itu bertujuan memperkukuh aspek kawal selia, perlindungan serta penguatkuasaan undang-undang terhadap sebarang bentuk ancaman termasuk tangkapan sampingan dan gangguan habitat.Advertisement Beliau berkata sembilan spesies mamalia marin yang dicadangkan untuk disenaraikan ialah Balaenoptera omurai, Peponocephala electra, Feresa attenuata, Tursiops aduncus, Stenella coeruleoalba, Stenella attenuata, Ziphius cavirostris, Steno bredanensis dan Kogia sima.Menurut Adnan, kesemua spesies itu terdiri daripada paus dan lumba-lumba yang direkodkan terdapat di perairan Malaysia serta memerlukan pemantauan dan perlindungan tambahan bagi mengelakkan risiko kemerosotan populasi.”Bersempena Hari Perlindungan Mamalia Marin Antarabangsa, Jabatan Perikanan terus memperkukuh komitmen pemuliharaan mamalia marin negara melalui pembangunan Pelan Tindakan Pengurusan dan Pemuliharaan Dugong Malaysia (NPOA) yang berteraskan dapatan saintifik terkini serta penambahbaikan kerangka perundangan secara menyeluruh dan progresif.”Dugong (Dugong dugon) adalah spesies penunjuk bagi kesihatan ekosistem marin pesisir dan berkait rapat dengan kelestarian padang rumput laut yang menyokong produktiviti perikanan, perlindungan pantai serta penyimpanan karbon biru,” katanya.Adnan berkata senarai Merah Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) menegaskan perlunya pelaksanaan pemuliharaan yang bersepadu dan berterusan di peringkat nasional.Beliau berkata langkah pindaan itu adalah sebahagian daripada pendekatan menyeluruh Jabatan Perikanan dalam memastikan pemuliharaan dugong serta mamalia marin lain dilaksanakan secara bersepadu, selaras dengan agenda biodiversiti negara dan sasaran peluasan kawasan perlindungan marin menjelang 2030.”Jabatan Perikanan sentiasa komited memperkukuh tadbir urus sumber marin melalui pendekatan berasaskan sains, pemantauan lapangan, penyelidikan serta kerjasama strategik bersama pelbagai pihak berkepentingan,” katanya.Adnan berkata selain memperkukuh perlindungan di peringkat domestik, inisiatif itu turut menyokong pematuhan kepada standard perdagangan antarabangsa termasuk di bawah Akta Perlindungan Mamalia Marin (MMPA) Amerika Syarikat (AS).”Walaupun Malaysia tidak tertakluk secara langsung kepada undang-undang ini, negara pengeksport produk perikanan ke AS perlu memastikan sistem pengurusan perikanan dan kawalan tangkapan sampingan adalah setara dengan standard perlindungan mamalia marin yang ditetapkan melalui penguatkuasaan oleh Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA),” katanya.Adnan berkata pendekatan berasaskan ekosistem yang digariskan dalam NPOA akan memberi tumpuan kepada pengurusan ruang marin, pemerkasaan komuniti pesisir, pengurangan risiko tangkapan sampingan serta perlindungan habitat kritikal termasuk padang rumput laut sebagai aset karbon biru negara.– BERNAMA Topic Berkaitan #jabatan perikanan #pinda #Peraturan-Peraturan Perikanan #mamalia marin Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia 3 ditikam di perpustakaan di Jepun, lelaki ditahan kerana percubaan membunuh 2 hours ago Malaysia Seruan solat hajat dan doa untuk Hashim Jasin 2 hours ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 2 hours ago Dunia Gempa bumi bermagnitud 5.2 gegarkan wilayah Puerto Rico – GFZ 2 hours ago Malaysia MMA gesa penguatkuasaan lebih tegas terhadap klinik haram di Kuala Lumpur 3 hours ago Malaysia Harga, kebersihan dan kualiti makanan jadi pilihan pengunjung bazar Ramadan 3 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *