JDT sedia galas misi tewaskan Vissel Kobe | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Hujan lebat dua jam, beberapa kawasan di poh dilanda banjir kilat Malaysia Bomba sahkan banjir kilat di Kampung Melayu Subang, keadaan terkawal Advertisement Malaysia JDT sedia galas misi tewaskan Vissel Kobe Bernama 16/02/2026 | 21:46 MYT Pengendali JDT Xisco Munoz berkata anak buahnya bersedia memberikan aksi maksimum, lebih-lebih lagi dengan sokongan padu penyokong di laman sendiri. – Gambar fail JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim mahu mencatat kemenangan penting apabila berdepan Vissel Kobe dalam aksi terakhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok.Meskipun sedar tugas berat menanti pasukannya, pengendali JDT Xisco Munoz berkata anak buahnya bersedia memberikan aksi maksimum, lebih-lebih lagi dengan sokongan padu penyokong di laman sendiri.Advertisement “Kita sedar akan berdepan pasukan sangat berkualiti. Ia perlawanan yang sukar tetapi ialah cabaran kita. Kita perlu memulakan perlawanan dengan bertenaga, kekuatan maksimum dan paling penting, mentaliti yang kuat kerana bermain di tempat sendiri,” katanya pada sidang media praperlawanan di sini hari ini.Beliau berkata fokus sepanjang 90 minit perlawanan serta keseimbangan dalam serangan serta pertahanan akan menjadi kunci kejayaan, apatah lagi pasukan dari Jepun itu mempunyai kelebihan dalam situasi bola mati dan gerakan pantas.“Kita bernasib baik memiliki pasukan yang besar dan berkualiti. Sesiapan sahaja yang diturunkan akan memberikan komitmen 100 peratus serta memahami tanggungjawab besar dalam perlawanan ini.“Kami tahu pasukan Jepun sangat kuat dalam situasi bola mati. Mereka melakukan serangan dari bahagian belakang, menguasai bahagian tengah dan menyerang dengan sangat pantas. Mereka adalah pasukan yang lengkap dengan rekod serangan dan pertahanan terbaik,” katanya.Penyerang JDT Bergson Da Silva berkata pasukan bersedia menghadapi tekanan sebagai kelab besar yang beraksi dalam perlawanan penentuan.Beliau berkata pencapaian peribadi bukan keutamaan ketika ini, sebaliknya objektir utama untuk memastikan JDT mengutip mata penuh.“Ini perlawanan penting kami dan kelab. Kami telah bekerja keras sejak sekian lama, dan kini tibalah masanya. Saya mengajak semua penyokong untuk memberikan sokongan dari minit pertama hingga wisel penamat.“Tidak penting siapa yang jaringkan gol walaupun kami menang 1-0, itu sudah memadai. Yang paling penting ialah tiga mata dan membantu pasukan meraih kemenangan,” katanya.Sementara itu, ketua jurulatih Vissel Kobe Michael Skibbe berkata beliau menjangkakan perlawanan sengit malam esok, meskipun pasukannya telah mengesahkan kelayakan ke pusingan 16.“Kami terpaksa menempuh perjalanan jauh dari Osaka ke Johor Bahru. Ia memang meletihkan, namun itulah lumrah saingan dalam ACLE. Selain itu, kami hanya mempunyai tempoh persiapan singkat selama empat minggu sebelum Liga J1 bermula.”Beberapa pemain tidak dibawa ke Johor Bahru kerana kecederaan dan kami juga mempunyai perlawanan liga domestik minggu depan. Namun, ini bukan masalah kerana pemain yang ada mempunyai kualiti setara dengan pemain utama. Ia juga menarik untuk berdepan JDT yang dibarisi pemain dari Brazil dan Eropah, khususnya Sepanyol,” katanya.Beliau berkata semua pemain yang dibawa berada dalam keadaan bersedia untuk memberikan persembahan terbaik, sekali gus menjangkakan perlawanan berintensiti tinggi sambil menyifatkan pasukannya bertuah sekiranya berjaya menewaskan JDT.“Secara logiknya, kami tidak pernah turun ke perlawanan untuk kalah sama ada aksi persahabatan, liga atau perlawanan penentuan kejuaraan. Kami sentiasa bermain sebaik mungkin dan berusaha untuk menang. Itulah yang akan kami lakukan walaupun tahu JDT bukan pasukan mudah untuk dihadapi,” katanya.Untuk rekod, JDT berada di tangga ketujuh Kumpulan A Zon Timur dengan lapan mata hasil dua kemenangan, dua seri dan tiga kekalahan manakala Vissel Kobe mengungguli carta kumpulan dengan 16 mata.– BERNAMA Topic Berkaitan #Liga Juara-Juara Asia Elit #ACLE #JDT #Vissel Kobe #Xisco Munoz Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 41 minutes ago Malaysia Hujan lebat dua jam, beberapa kawasan di poh dilanda banjir kilat 49 minutes ago Malaysia Bomba sahkan banjir kilat di Kampung Melayu Subang, keadaan terkawal 52 minutes ago Malaysia Keunikan tradisi makan besar lambang perpaduan Malaysia 56 minutes ago Dunia "Semua pilihan terbuka" bagi menentang rampasan tanah Palestin oleh Israel – Pegawai 1 hour ago Sukan Terengganu jelaskan situasi isu sekatan perpindahan 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
JDT sedia galas misi tewaskan Vissel Kobe
