Juan Torres Garrido Ketua Jurulatih baharu Sabah FC | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Parlimen: 37 mahasiswa meninggal dunia dalam lima tahun Malaysia Parlimen: 2,889 kes buli direkod tahun lalu, 2024 catat angka tertinggi Malaysia Parlimen: Waktu PdP Matematik sekolah rendah ditambah kepada 608 jam Advertisement Malaysia Juan Torres Garrido Ketua Jurulatih baharu Sabah FC Bernama 25/02/2026 | 21:31 MYT Sabah FC secara rasmi melantik bekas Ketua Jurulatih Skuad B-23 Kebangsaan Juan Torres Garrido sebagai Ketua Jurulatih baharu pasukan itu. – Foto Facebook Sabah FC KOTA KINABALU: Sabah FC secara rasmi melantik bekas Ketua Jurulatih Skuad B-23 Kebangsaan Juan Torres Garrido sebagai Ketua Jurulatih baharu pasukan itu.Pelantikan pengendali kelahiran Sepanyol itu diumumkan Pengurus Sabah FC Mohd Arziz Afizy, hari ini.Advertisement Menurut Arziz, Juan Torres mengambil alih tugas daripada Alto Linus yang sebelum ini menggalas peranan sebagai Pemangku Ketua Jurulatih susulan perletakan jawatan Jean-Paul de Marigny pada Disember lepas. Alto kini kembali menjalankan tugas sebagai Penolong Ketua Jurulatih.”Juan Torres akan memulakan tugas rasminya dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Likas, Sabtu ini,” katanya.Arziz berkata pengalaman Juan Torres mengendalikan skuad B-23 negara serta pengetahuannya mengenai Liga Malaysia menjadi antara faktor utama pemilihannya.Beliau yakin kehadiran jurulatih baharu itu mampu membawa perubahan positif kepada pasukan, khususnya dalam usaha memperbaiki kedudukan Sabah FC dalam saingan Liga Malaysia musim 2025/2026.”Fokus utama kami juga adalah untuk mara ke perlawanan akhir Piala Cabaran MFL 2025-2026,” katanya.Selain itu, Arziz berharap para pemain dapat memberikan komitmen sepenuhnya, menunjukkan disiplin tinggi, dan cepat menyesuaikan diri dengan pendekatan latihan yang diperkenalkan.”Dengan semangat berpasukan yang kukuh dan kesungguhan semua pihak, saya yakin Sabah FC mampu mencapai keputusan yang lebih baik selepas ini,” katanya.Sabah FC kini menduduki tangga ke-11 Liga Super dengan 14 mata selepas 15 perlawanan.– BERNAMA Topic Berkaitan #Sabah FC #ketua jurulatih baharu #Juan Torres Garrido Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Parlimen: 37 mahasiswa meninggal dunia dalam lima tahun few seconds ago Malaysia Parlimen: 2,889 kes buli direkod tahun lalu, 2024 catat angka tertinggi 3 minutes ago Malaysia Parlimen: Waktu PdP Matematik sekolah rendah ditambah kepada 608 jam 4 minutes ago Malaysia Malaysia perlu tangani cabaran struktur untuk keluar daripada pendapatan pertengahan 23 minutes ago Malaysia Sabah dijangka alami cuaca lembap lima hari, NRES perhebat pemantauan – Arthur 1 hour ago Malaysia Jabatan Kesihatan Kelantan ambil sampel makanan di bazar Ramadan mulai esok 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Juan Torres Garrido Ketua Jurulatih baharu Sabah FC
