Kanak-kanak perempuan maut disyaki didera, jiran kerap dengar tangisan dari rumah mangsa

Kanak-kanak perempuan maut disyaki didera, jiran kerap dengar tangisan dari rumah mangsa | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [TERKINI] Kuota subsidi BUDI95 diselaraskan kepada 200 liter sebulan mulai 1 April 2026 Malaysia Kanak-kanak perempuan maut disyaki didera, jiran kerap dengar tangisan dari rumah mangsa Malaysia Pematuhan rendah KKP dalam kalangan PKS kebimbangan serius – Lee Dunia Tunjuk perasaan pro-Palestin tarik penyertaan ramai di seluruh Eropah Advertisement Malaysia Kanak-kanak perempuan maut disyaki didera, jiran kerap dengar tangisan dari rumah mangsa Abd Razak Mohd Ali 29/03/2026 | 11:10 MYT Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula 27 Mac bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. IPOH: Pihak polis telah melawat rumah yang didiami seorang kanak-kanak perempuan yang maut, disyaki didera di Taman Sungai Mas, Taiping, pada Khamis.Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Abdul Malek Ismail berkata, pihak forensik juga telah buat pemeriksaan di rumah tersebut.Advertisement Menurutnya, dalam lawatan dan pemeriksaan itu, pihak polis turut mengambil keterangan daripada beberapa orang jiran.“Berdasarkan keterangan jiran, mereka kerap mendengar tangisan kanak-kanak dirumah berkenaan seperti dipukul,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.Tambahnya, mangsa merupakan anak sulung daripada lima beradik.Pada Sabtu, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun sembilan bulan meninggal dunia dengan beberapa kesan kecederaan mencurigakan pada badannya, dipercayai menjadi mangsa penderaan dalam kejadian di Taiping, Khamis lepas.Abdul Malek berkata pihaknya menerima laporan berhubung kematian mangsa daripada pegawai perubatan Hospital Taiping.Kanak-kanak itu dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dan ditempatkan di Zon Merah pada 12.43 tengah hari dan doktor bertugas telah memberikan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) selama 30 minit, namun mangsa tidak menunjukkan pemulihan peredaran spontan (ROSC).Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia pada 1.12 tengah hari dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan mencurigakan pada badan mangsa.Keputusan bedah siasat pula mengesahkan punca kematian adalah akibat kecederaan pada bahagian kepala dan leher disebabkan hentakan objek tumpul.Susulan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.Menurut Abdul Malik, empat individu terdiri ibu kandung, bapa tiri serta datuk dan nenek mangsa, berusia antara 27 hingga 53 tahun, telah ditahan bagi membantu siasatan.Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula 27 Mac bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Topic Berkaitan #Kanak-kanak #MAUT #DERA #perempuan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Kanak-kanak perempuan maut disyaki didera, jiran kerap dengar tangisan dari rumah mangsa 2 minutes ago Malaysia Pematuhan rendah KKP dalam kalangan PKS kebimbangan serius – Lee 12 minutes ago Dunia Tunjuk perasaan pro-Palestin tarik penyertaan ramai di seluruh Eropah 27 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: 20 lagi kapal Pakistan dibenar lalu Selat Hormuz 43 minutes ago Dunia IRGC Iran sifatkan serangan dron dekat kediaman Masoud Barzani sebagai tindakan keganasan 57 minutes ago Dunia Semut dijual hingga AS$220 seekor, pemerdagangan hidupan liar baharu muncul di Kenya 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *