Keadilan kecam penutupan Al-Aqsa, anggap ia perbuatan provokasi dan pencabulan

Keadilan kecam penutupan Al-Aqsa, anggap ia perbuatan provokasi dan pencabulan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Dunia Penduduk Tehran berbelanja sambut Aidilfitri dan Nowruz di sebalik ketegangan serantau Malaysia Ahmad Zahid seru perkukuh silaturahim sempena Aidilfitri Malaysia PM Anwar luang masa baca kad raya daripada pelajar Advertisement Malaysia Keadilan kecam penutupan Al-Aqsa, anggap ia perbuatan provokasi dan pencabulan Astro AWANI 20/03/2026 | 17:00 MYT Keadilan mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel yang menutup Masjid Al-Aqsa, dengan menyifatkannya sebagai satu provokasi serius serta pencabulan jelas terhadap undang-undang antarabangsa dan hak umat Islam. – Foto AP KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel yang menutup Masjid Al-Aqsa, dengan menyifatkannya sebagai satu provokasi serius serta pencabulan jelas terhadap undang-undang antarabangsa dan hak umat Islam.Biro Hubungan Antarabangsa parti itu, dalam satu kenyataan berkata, tindakan tersebut telah menghalang umat Islam daripada menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa, khususnya ketika bermulanya bulan suci Ramadan. Advertisement Menurut kenyataan itu, tindakan berkenaan merupakan antara pencabulan paling ketara terhadap kesucian tapak suci Islam.“Keadilan turut menyatakan bahawa langkah itu bukan sahaja menjejaskan akses umat Islam ke Masjid Al-Aqsa, malah mencerminkan tindakan diskriminasi dan sewenang-wenangnya oleh Israel dalam mengawal kawasan Kota Lama Baitulmaqdis serta tempat-tempat ibadat umat Islam. “Tindakan tersebut melanggar prinsip asas undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan norma perlindungan tempat suci semasa pendudukan,” katanya lagi.Dalam pada itu biro tersebut berkata, Keadilan menyambut baik kenyataan tegas yang dikeluarkan oleh lapan negara majoriti Islam iaitu Indonesia, Mesir, Jordan, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu yang mengecam tindakan Israel berkenaan. Menurut parti itu, pendirian bersama negara-negara tersebut menunjukkan bahawa isu Masjid Al-Aqsa merupakan isu umat Islam sejagat dan bukan semata-mata isu politik.Tambahnya lagi, Keadilan turut merujuk kepada kenyataan Kementerian Luar Negeri Malaysia yang menyifatkan tindakan Israel sebagai “pelanggaran serius” terhadap sejarah dan perundangan sedia ada berhubung status quo Masjid Al-Aqsa. Katanya lagi, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) juga telah mendokumentasikan peningkatan pelanggaran di kawasan tersebut, termasuk sekatan terhadap jemaah yang ingin menunaikan solat Isyak, Tarawih dan solat Jumaat.Menurut PKR, perkembangan ini menunjukkan bahawa tindakan di Masjid Al-Aqsa bukan bersifat terpencil, sebaliknya sebahagian daripada usaha yang tersusun dan berterusan.Parti itu turut menegaskan bahawa keseluruhan kawasan Masjid Al-Aqsa meliputi keluasan 144 dunam, termasuk Masjid Qibli dan Kubah Batu, dan merupakan tanah wakaf Islam. Parti itu menegaskan bahawa Wakaf Islam Baitulmaqdis dan Hal Ehwal Masjid Al-Aqsa di bawah Kementerian Wakaf Jordan adalah satu-satunya entiti sah yang mempunyai bidang kuasa penuh terhadap pengurusan dan pentadbiran Masjid Al-Aqsa.“Keadilan menggesa masyarakat antarabangsa untuk mempertahankan undang-undang antarabangsa, melindungi kebebasan beragama dan memastikan kesucian Masjid Al-Aqsa terus terpelihara,” menurut biro itu lagi.  Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Penduduk Tehran berbelanja sambut Aidilfitri dan Nowruz di sebalik ketegangan serantau 1 hour ago Malaysia Ahmad Zahid seru perkukuh silaturahim sempena Aidilfitri 1 hour ago Malaysia PM Anwar luang masa baca kad raya daripada pelajar 1 hour ago Dunia China komited teruskan usaha pengantaraan bagi tamatkan konflik di Asia Barat 1 hour ago Dunia Dr Naseem kongsi detik hiba berkhidmat untuk pesakit kronik di Hospital Gaza 1 hour ago Malaysia Tak sangka PM Anwar masih ingat – Sahabat 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *