Kebakaran di lapangan terbang Cape Town lumpuhkan penerbangan, paksa pemindahan

Kebakaran di lapangan terbang Cape Town lumpuhkan penerbangan, paksa pemindahan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Pek bantuan makanan beri ‘nafas’ kepada pelarian Palestin di bulan Ramadan Dunia KHOM Malaysia raikan anak-anak yatim Palestin di Beirut Malaysia Lima huffaz UPSI jadi imam di tiga negara sepanjang Ramadan Advertisement Dunia Kebakaran di lapangan terbang Cape Town lumpuhkan penerbangan, paksa pemindahan Bernama 25/02/2026 | 07:10 MYT Penumpang menunggu di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town susulan operasi digantung akibat kebakaran yang berlaku, Cape Town, Afrika Selatan, 24 Feb 2026. REUTERS CAPE TOWN: Kebakaran di Cape Town International Airport pada Selasa menghentikan penerbangan antarabangsa dan mencetuskan pemindahan sebagai langkah berjaga-jaga melibatkan penumpang serta kakitangan, menurut pihak berkuasa, lapor Agensi Berita Xinhua.Kebakaran berlaku di bahagian luar lapangan terbang dan mengganggu beberapa perkhidmatan termasuk sebahagian rangkaian teknologi maklumat (IT).Advertisement Pihak berkuasa memaklumkan api berjaya dikawal kemudian, namun insiden itu memaksa penumpang dan kakitangan di kawasan terjejas dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.”Lapangan terbang mengesahkan yang satu kebakaran berlaku di bahagian luar lapangan terbang,” menurut Airports Company South Africa (ACSA) dalam satu kenyataan. “Kebakaran berjaya dipadamkan dan semua penumpang, kakitangan serta pelawat berada dalam keadaan selamat. Keselamatan penumpang kekal keutamaan kami.””Kami memahami yang insiden ini mungkin menimbulkan kebimbangan dan kami menggesa semua penumpang serta pelawat agar mematuhi arahan keselamatan dan menuju ke lokasi selamat yang ditetapkan seperti diarahkan oleh kakitangan lapangan terbang,” menurut kenyataan itu lagi.Menurut ACSA, insiden tersebut menjejaskan beberapa perkhidmatan IT. “Sebagai langkah berjaga-jaga, pelepasan penerbangan antarabangsa digantung sementara dan penerbangan antarabangsa yang masuk dilencongkan. Penerbangan antarabangsa yang mendarat sedang diproses.”Pihak berkuasa lapangan terbang turut menasihatkan penumpang domestik agar menyemak terus dengan syarikat penerbangan masing-masing dan aplikasi mudah alih syarikat bagi mendapatkan maklumat terkini penerbangan.”Maklumat lanjut akan dikongsikan dari semasa ke semasa. Kami mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan kerjasama penumpang serta pihak berkepentingan,” menurut ACSA.– BERNAMA Topic Berkaitan #kebakaran #lapangan terbang Cape Town #pemindahan #PENERBANGAN Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia Pek bantuan makanan beri ‘nafas’ kepada pelarian Palestin di bulan Ramadan 1 minute ago Dunia KHOM Malaysia raikan anak-anak yatim Palestin di Beirut 16 minutes ago Malaysia Lima huffaz UPSI jadi imam di tiga negara sepanjang Ramadan 31 minutes ago Dunia Kanada panggil pasukan keselamatan OpenAI susulan insiden tembakan rambang di sekolah 46 minutes ago Malaysia Tujuh kawasan di Semenanjung alami cuaca panas sekurang-kurangnya tiga hari 1 hour ago Malaysia Masyarakat digesa jalani saringan awal tibi, tingkatkan imuniti 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *