Kelab peminat P. Ramlee akur pandangan umum, tarik balik cadangan tukar nama ASWARA | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Poster tular bantuan Ramadan, Tuntutan Kredit E-Tunai palsu – MOF Malaysia Remaja lemas di Sungai Tengah ditemukan meninggal dunia Malaysia Tidak sangka bunyi letupan rupanya kebakaran – Mangsa Advertisement Malaysia Kelab peminat P. Ramlee akur pandangan umum, tarik balik cadangan tukar nama ASWARA Bernama 22/02/2026 | 16:51 MYT Keputusan dibuat selepas mengambil kira sentimen umum termasuk pandangan dalam kalangan alumni serta warga institusi berkenaan. – Gambar fail KUALA LUMPUR: Kelab Peminat P. Ramlee Lembah Klang menarik balik cadangan menjenamakan semula Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) kepada Universiti P. Ramlee (UPR) sebagai tanda menghormati pandangan pelbagai pihak.Pengerusinya Prof Emeritus Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira sentimen umum termasuk pandangan dalam kalangan alumni serta warga institusi berkenaan.Advertisement “Kita hormati dan ambil kira pandangan umum… bukan mudah kita nak ubah tradisi sedia ada,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.Bernama sebelum ini melaporkan hasrat Kelab Peminat P. Ramlee Lembah Klang menamakan ASWARA sebagai UPR, dengan cadangan itu dijangka dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk perbincangan lanjut.Bagaimanapun, perkara itu mencetuskan pelbagai reaksi termasuk bantahan daripada alumni serta warga ASWARA.Wan Hashim berkata usaha mengangkat legasi seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam institusi pengajian tinggi masih boleh diteruskan melalui pendekatan alternatif antaranya penggunaan nama P. Ramlee di peringkat fakulti atau institut termasuk dalam bidang muzik, seni persembahan dan perfileman, selaras dengan amalan di luar negara.”Sebagai contoh, The Pushkin State Russian Language Institute yang dinamakan sempena Alexander Pushkin, tokoh yang dianggap sebagai bapa sastera Rusia moden, pada asalnya bermula sebagai sebahagian daripada Moscow State University sebelum berkembang sebagai institusi pendidikan tinggi berasingan pada 1973.”Kalau universiti swasta, barangkali tidak ada masalah sekiranya mahu menggunakan nama tokoh seni itu untuk keseluruhan institusi namun perlu mengkhusus dalam bidang seni persembahan,” katanya.Beliau berkata hasrat mengangkat legasi Allahyarham P. Ramlee tidak terpadam dan akan terus diperkukuh melalui penglibatan aktif Kelab Peminat P. Ramlee di dalam serta luar negara.– BERNAMA Topic Berkaitan #Aswara #Universiti P. Ramlee Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Poster tular bantuan Ramadan, Tuntutan Kredit E-Tunai palsu – MOF 6 minutes ago Malaysia Remaja lemas di Sungai Tengah ditemukan meninggal dunia 18 minutes ago Malaysia Tidak sangka bunyi letupan rupanya kebakaran – Mangsa 24 minutes ago Dunia Tentera Israel lancar serangan udara, artileri di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa 35 minutes ago Malaysia Dewa 19, Padi Reborn gegar Axiata Arena 6 Jun 2026 38 minutes ago Politik Pas dijangka ambil alih kerusi Ketua Pembangkang 48 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Kelab peminat P. Ramlee akur pandangan umum, tarik balik cadangan tukar nama ASWARA
