Kelantan perkasa pelancongan kesihatan, sasar pasaran negara jiran

Kelantan perkasa pelancongan kesihatan, sasar pasaran negara jiran | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Teknologi AI berpotensi ganti tugas kolar putih dalam tempoh 12–18 bulan – CEO Microsoft AI Teknologi OpenAI tuduh DeepSeek tiru model AI melalui teknik sulingan Teknologi China haramkan skrin sentuh bagi fungsi keselamatan, larang stereng 'yoke' mulai 2027 Advertisement Malaysia Kelantan perkasa pelancongan kesihatan, sasar pasaran negara jiran Astro AWANI 16/02/2026 | 11:30 MYT Kamarudin (tengah) diiringi Mohd Azwan (kiri) menyampaikan penghargaan kepada pemain industri pelancongan. – Gambar Sinar Harian KOTA BHARU: Kelantan mula mengorak langkah dalam sektor pelancongan kesihatan dengan menyasarkan pasaran Indonesia, Singapura dan Thailand menerusi kekuatan hospital pakar swasta yang menawarkan kos rawatan lebih kompetitif.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamaruddin Md Noor berkata, negeri ini telah memulakan promosi ke Pekanbaru, Indonesia serta menganjurkan program lawatan suai kenal bagi menarik pesakit mendapat rawatan di Kelantan.Advertisement “Antara hospital yang bersedia menawarkan perkhidmatan tersebut ialah Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) yang terkenal dengan kepakaran neurologi, selain Kota Bharu Medical Centre (KBMC) yang giat menambah kapasiti katil bagi memenuhi permintaan.”Walaupun jumlah pesakit antarabangsa masih belum tinggi, kemasukan dari Indonesia khususnya menunjukkan perkembangan positif dengan kekuatan utama Kelantan terletak pada kualiti perkhidmatan perubatan setanding dengan hospital besar di negeri lain, tetapi pada kos lebih rendah,” katanya selepas Majlis Makan Malam Apresiasi Pemain Industri Pelancongan dan Penggiat Seni Tahun 2025 di sini, semalam.Beliau berkata, pihaknya akan membantu dari segi promosi, manakala pihak hospital perlu memastikan mutu perkhidmatan dan rawatan terbaik kerana kemudahan itu bakal menjadi daya tarikan utama pelancongan kesihatan negeri.Dalam perkembangan lain, Kamaruddin berkata, kerajaan negeri turut menjenamakan semula Tourism Information Centre (TIC) kepada Tourism Kelantan bagi mencerminkan peranan sebenar agensi itu yang lebih luas berbanding sebelum ini hanyalah sekadar pusat penerangan pelancongan.Beliau berkata, keputusan itu telah dipersetujui dalam mesyuarat kerajaan negeri minggu lepas, dengan nama baharu itu menggambarkan fungsi menyeluruh meliputi pengurusan pelancongan, kebudayaan dan kesenian.”Sebelum ini, TIC hanya dilihat sebagai pusat maklumat, sedangkan agensi berkenaan turut mengurus program, acara dan penyelarasan aktiviti pelancongan, justeru penjenamaan semula ini dibuat bagi memberikan keadilan kepada skop tugas sebenar.”Perubahan struktur pentadbiran akan dilakukan secara berperingkat termasuk penubuhan lembaga serta penyusunan semula organisasi,” katanya.– BERNAMA  Topic Berkaitan #Kelantan #HOSPITAL #pelancongan kesihatan #TIC Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Teknologi AI berpotensi ganti tugas kolar putih dalam tempoh 12–18 bulan – CEO Microsoft AI 3 minutes ago Teknologi OpenAI tuduh DeepSeek tiru model AI melalui teknik sulingan 18 minutes ago Teknologi China haramkan skrin sentuh bagi fungsi keselamatan, larang stereng 'yoke' mulai 2027 48 minutes ago Dunia Letupan kedai mercun di Jiangsu, China ragut 8 nyawa, 2 cedera 58 minutes ago Politik Wan Saiful tarik balik rayuan pemecatan Bersatu 1 hour ago Teknologi Harga RAM untuk penghala melonjak sehingga 600% akibat lonjakan permintaan AI 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *