Kerajaan terpaksa tegas pertahan perpaduan, tolak rasisme – PM

Kerajaan terpaksa tegas pertahan perpaduan, tolak rasisme – PM | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik Pas tetap mahu terajui PN – Takiyuddin Malaysia Dua beranak cemas sambut Tahun Baharu Cina, rumah terbakar Politik Pengerusi PN baharu ditentukan Ahad ini – Takiyuddin Advertisement Malaysia Kerajaan terpaksa tegas pertahan perpaduan, tolak rasisme – PM Umavathi Ramayah 17/02/2026 | 13:04 MYT Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) hari ini. – Foto Bernama KUALA LUMPUR: Kerajaan terpaksa mengambil pendirian tegas bagi terus mempertahankan perpaduan nasional dan menolak rasisme yang menggugat keharmonian negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurutnya, sebarang fahaman perkauman sempit tidak boleh dibiarkan kerana ia mampu merosakkan keharmonian serta kestabilan negara.Advertisement Beliau menegaskan, isu rasisme bukanlah perkara baharu kerana sejak sebelum kemerdekaan lagi, pemimpin negara seperti Tunku Abdul Rahman pernah bertegas dalam memperjuangkan kerjasama merentas kaum.“Malah Tun Abdul Razak Hussein pada tahun 1961 turut mengingatkan mengenai cabaran besar negara ketika itu, termasuk ancaman ideologi dan komunalisme yang boleh memecah-belahkan rakyat.“Beliau (Tun Razak) ada menyebut mengenai cabaran utama negara ketika itu, 3C iaitu komunisme, korupsi dan komunalisme yang merosakkan semua bangsa di tanah air ini.“Ini peringatan awal yang Malaysia tidak akan berjaya jika rakyat terus berpecah,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina 2026 anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di sini, pada Selasa.Tambah Anwar lagi, peringatan tersebut kekal relevan sehingga hari ini, terutama dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang berdepan pelbagai perbezaan latar belakang, budaya dan agama.“Jika Malaysia mahu berjaya, kita harus menerima yang ada masalah dan perbezaan, tetapi kita mesti bekerja menyelesaikannya sebagai satu keluarga besar Malaysia,” ujarnya.Justeru itu beliau berkata, kerajaan kadangkala perlu mengambil pendirian tegas bagi melindungi kepentingan masyarakat keseluruhan serta memastikan kerjasama antara kaum terus diperkukuh.“Itulah sebabnya kadang-kadang kerajaan perlu tegas untuk melindungi keperluan masyarakat supaya semangat bekerjasama itu dapat dipertahankan,” katanya.Perdana Menteri menegaskan bahawa kejayaan negara hanya dapat dicapai sekiranya semua pihak berganding bahu, menolak ekstremisme dan memberi tumpuan kepada pembangunan bersama demi kestabilan dan kemakmuran Malaysia. Topic Berkaitan #Tahun Baharu Cina #anwar ibrahim #perpaduan kaum #rasisme Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Politik Pas tetap mahu terajui PN – Takiyuddin 1 minute ago Malaysia Dua beranak cemas sambut Tahun Baharu Cina, rumah terbakar 19 minutes ago Politik Pengerusi PN baharu ditentukan Ahad ini – Takiyuddin 38 minutes ago Malaysia Kontraktor rugi lebih RM100,000 tawaran tender palsu 1 hour ago Politik Rehatkan sementara Ketua Pesuruhjaya SPRM sehingga siasatan selesai – Akmal Saleh 1 hour ago Malaysia Kerajaan terpaksa tegas pertahan perpaduan, tolak rasisme – PM 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *