Kes tembak Klang: Pembonceng cedera dirempuh pacuan empat roda disahkan maut – Polis | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik Pas perlu berani tonjolkan Samsuri, jangan turut kehendak Bersatu – Penganalisis Malaysia Malaysia lancar garis panduan spa mesra Muslim pertama dunia Malaysia Bekas Pengarah SRC tidak tahu pemindahan RM42 juta kepada Najib, mahkamah diberitahu Advertisement Malaysia Kes tembak Klang: Pembonceng cedera dirempuh pacuan empat roda disahkan maut – Polis Bernama 05/03/2026 | 19:00 MYT Shazeli berkata semakan mendapati pemandu pacuan empat roda iaitu lelaki tempatan berusia 49 tahun mempunyai rekod lampau dadah dan jenayah di bawah Seksyen 302 dan Sekyen 307 Kanun Keseksaan. – Gambar fail/Bernama SHAH ALAM: Seorang daripada dua lelaki bermotosikal yang cedera dirempuh kenderaan pacuan empat roda selepas melepaskan tembakan di Taman Seri Kapar, Klang pagi tadi telah meninggal dunia.Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata lelaki berkenaan yang juga pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi.Advertisement Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, kejadian berlaku apabila kedua-dua lelaki itu melepaskan tembakan ke arah pekerja pemandu kenderaan pacuan empat roda itu di Kampung Perepat, Kapar.“Suspek (pemandu pacuan empat roda) kemudian bertindak mengejar motosikal berkenaan hingga ke Jalan Keretapi Lama. “Apabila seorang daripada lelaki terbabit mengacukan objek menyerupai pistol, suspek kemudian bertindak melanggar motosikal itu sehingga mengakibatkan kedua-duanya terjatuh lalu terseret masuk ke Taman Sri Kapar,” katanya menerusi kenyataan hari ini. Shazeli berkata semakan mendapati pemandu pacuan empat roda iaitu lelaki tempatan berusia 49 tahun mempunyai rekod lampau dadah dan jenayah di bawah Seksyen 302 dan Sekyen 307 Kanun Keseksaan.“Si mati mempunyai 23 rekod lampau berkaitan pelbagai kes jenayah berat termasuk bunuh, cubaan bunuh dan samun berkumpulan. Mangsa yang cedera pula mempunyai 10 rekod jenayah serta berstatus orang dikendaki di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan,” katanya.Beliau berkata pemandu kenderaan pacuan empat roda itu telah ditahan polis untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi 13 saat memaparkan seorang lelaki terbaring di jalan raya dipercayai berkaitan dengan kes tembak.– BERNAMA Topic Berkaitan #pacuan empat roda #meninggal dunia #siasatan awal #POLIS Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Politik Pas perlu berani tonjolkan Samsuri, jangan turut kehendak Bersatu – Penganalisis 5 minutes ago Malaysia Malaysia lancar garis panduan spa mesra Muslim pertama dunia 5 minutes ago Malaysia Bekas Pengarah SRC tidak tahu pemindahan RM42 juta kepada Najib, mahkamah diberitahu 20 minutes ago Malaysia Isu kronisme perlu difahami generasi muda untuk elak penyalahgunaan – Pushpan Murugiah 35 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Perpecahan dalam kalangan negara anggota punca PBB, EU tidak dapat bertindak – Penganalisis 35 minutes ago Dunia Misi AS di Iran bermotifkan keuntungan ekonomi, bukan perjuangan demokrasi – Penganalisis 35 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Kes tembak Klang: Pembonceng cedera dirempuh pacuan empat roda disahkan maut – Polis
