KKM pergiat usaha pengukuhan kawalan keselamatan makanan

KKM pergiat usaha pengukuhan kawalan keselamatan makanan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Ribut pasir jejaskan kualiti udara di Beijing Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Bazar Ramadan 'acara tahunan' dinanti-nantikan rakyat Malaysia Advertisement Malaysia KKM pergiat usaha pengukuhan kawalan keselamatan makanan Bernama 21/02/2026 | 21:45 MYT Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, bercakap pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Keselamatan Makanan Bazar Ramadan Peringkat Kebangsaan 2026 di Bazar Ramadan Kuala Selangor hari ini. – Foto BERNAMA KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) mempergiatkan usaha pengukuhan kawalan keselamatan makanan di semua peringkat bagi mencapai sasaran kadar kejadian keracunan makanan kurang 50 kes bagi setiap 100,000 populasi menjelang 2030.Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata sasaran itu merangkumi industri, premis makanan awam serta institusi pendidikan, selaras Pelan Tindakan Keselamatan Makanan Kebangsaan 2024-2030 serta Dasar Keselamatan Makanan Kebangsaan 2.0.Advertisement Beliau berkata untuk itu semua peniaga perlu memberi keutamaan kepada aspek kebersihan dan keselamatan makanan serta memastikan makanan yang dijual adalah bersih, berkualiti dan selamat dimakan. “Orang ramai digalakkan mengamalkan konsep ‘Perhati dan Pilih’ dengan memilih premis yang bersih serta menitikberatkan kualiti makanan. Pengguna juga disaran mengamalkan langkah mudah ‘Lihat, Hidu, Rasa’ sebelum menikmati juadah berbuka puasa bagi mengurangkan risiko keracunan makanan,” katanya.Beliau berkata demikian pada Walkabout Bazar Ramadan 2026 dan Pelancaran Kempen Kebersihan dan Keselamatan Makanan Bazar Peringkat Kebangsaan 2026 di Bazar Ramadan Lotus’s Kuala Selangor di sini hari ini.Dzulkefly berkata pemantauan terhadap keselamatan dan kebersihan bazar Ramadan dimulakan sejak awal bulan ini melalui kerjasama semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mendapatkan maklumat tapak dan jumlah gerai yang beroperasi. “Sehingga kini, lebih 200 sesi taklimat kebersihan dan pengendalian makanan selamat telah dianjurkan melibatkan 77,583 pemilik gerai di 1,274 tapak bazar Ramadan di seluruh negara. “Selain itu, pemeriksaan ke atas premis penyediaan makanan sebelum Ramadan turut meliputi restoran dan hotel yang menyediakan bufet berbuka puasa. Sejumlah 426 pemeriksaan telah dijalankan terhadap kilang ais, restoran dan hotel,” katanya.Dalam pada itu, beliau berkata hanya satu aduan berkaitan kebersihan bazar Ramadan direkodkan dalam tempoh dua hari berpuasa melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA).Selain itu, beliau mengingatkan pemilik premis perniagaan yang didapati menjual makanan basi sepanjang Ramadan ini bakal berdepan tindakan kompaun mengikut Akta Makanan 1983 manakala tindakan amaran akan diberikan kepada mana-mana peniaga bazar Ramadan yang dikesan melakukan kesalahan.Dalam perkembangan berasingan, Dzulkefly berkata bekalan ubat-ubatan dijamin mencukupi walaupun berlaku sedikit pertambahan kes baharu Tuberkulosis (tibi) yang dikesan di seluruh negara.Media hari ini melaporkan sebanyak 596 kes baharu tibi dikesan di seluruh negara sehingga Minggu Epidemiologi keenam tahun ini (ME6/2026) menjadikan bilangan keseluruhan kepada 3,161 kes. Dzulkefly turut menasihatkan orang awam untuk mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul serta memastikan pengudaraan yang baik di ruang tertutup.Beliau sekali lagi menegaskan Ramadan bukan punca penularan penyakit itu, namun peningkatan aktiviti sosial dan perhimpunan sepanjang bulan ini secara umumnya meningkatkan interaksi dalam kalangan masyarakat.  — BERNAMA Topic Berkaitan #kkm #keselamatan makanan #Dzulkefly Ahmad #Dzulkefly Ahmad #keracunan makanan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia Ribut pasir jejaskan kualiti udara di Beijing 4 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 5 hours ago Malaysia Bazar Ramadan 'acara tahunan' dinanti-nantikan rakyat Malaysia 5 hours ago Politik Krisis Bersatu: Bahagian Raub, Lipis bubar hari ini 5 hours ago Malaysia Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir dukacita atas pemergian K.Indiran 6 hours ago Politik Bersatu rombak bahagian dan sayap, pasukan khas ambil alih proses penyusunan semula 6 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *