[KOLUMNIS] Komunikasi Total: Sistem saraf perkhidmatan awam Malaysia

[KOLUMNIS] Komunikasi Total: Sistem saraf perkhidmatan awam Malaysia | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Teknologi 2026 dijangka jadi titik perubahan besar pasaran telefon boleh lipat Teknologi Saintis bangunkan kaedah sapuan kulit tanpa suntikan untuk hantar insulin Teknologi ByteDance lancar Seedance 2.0, model AI generatif untuk video realistik Advertisement Malaysia [KOLUMNIS] Komunikasi Total: Sistem saraf perkhidmatan awam Malaysia Datuk Yahaya Abdullah 15/02/2026 | 11:31 MYT Negara moden tidak bergerak sebagai himpunan kementerian, jabatan dan agensi yang terpisah. Ia bergerak sebagai satu organisasi besar dengan pemusatan keputusan, anggota pelaksana, dan jutaan ‘reseptor’ di lapangan yang menerima, mentafsir dan bertindak balas terhadap isyarat yang dihantar. – Gambar hiasan/Bernama DALAM teori organisasi moden, komunikasi total (total communication) ditakrif bukan saja sebagai aktiviti penyampaian semata-mata, tetapi juga sebagai mekanisme penyelarasan makna yang membolehkan organisasi bertindak sebagai satu sistem.Karl E. Weick, melalui konsep sensemaking, menegaskan bahawa kegagalan organisasi lazimnya berpunca daripada kegagalan menyelaraskan tafsiran terhadap keputusan yang dibuat. Manakala James R. Taylor pula menekankan bahawa organisasi itu sendiri terbentuk melalui komunikasi yakni komunikasi menentukan bagaimana kuasa dibina, tanggungjawab diagihkan dan tindakan itu dilaksanakan.Advertisement Dalam amalan, negara seperti Singapore dan Finland telah membuktikan bahawa komunikasi total boleh berfungsi sebagai sistem tadbir urus,yakni dengan naratif dasar yang konsisten, single source of truth, serta maklum balas rakyat yang digunakan sebagai sensor pembetulan. Dalam semua contoh ini, satu pengajaran jelas muncul. Apabila komunikasi gagal menyelaraskan makna, kegagalan bukan sekadar bersifat operasi, tetapi menjadi kegagalan kenegaraan.Dalam perkhidmatan awam Malaysia, komunikasi total bukanlah istilah baharu. Ia sering disebut dalam amanat, dimasukkan ke dalam pelan reformasi, dibincangkan dalam forum pembaharuan dan digambarkan sebagai budaya kerja yang lebih kemas, pantas dan selari. Hampir semua pihak bersetuju. Malah, jika ditanya secara rasmi, tiada siapa akan mengatakan komunikasi total  ini tidak penting. Namun di situlah ironi terbesar bermula. Walaupun komunikasi total diterima dan disepakati secara prinsip, ia jarang benar-benar hidup dan berakar sebagai cara kerja.Di lapangan, komunikasi total tidak gagal kerana ditolak, tetapi kerana dipersetujui tanpa mengubah apa-apa. Ia diangguk dalam mesyuarat, tetapi cara keputusan dibuat kekal sama, pemilik tanggungjawab terus kabur dan kerja bergerak perlahan seperti biasa. Persetujuan berlaku, perubahan tidak. Maka persoalan sebenar hari ini bukan lagi apakah itu komunikasi total, tetapi persoalan yang lebih jujur dan tidak selesa; Mengapa sesuatu yang semua orang setuju begitu sukar menjadi realiti dalam sistem?Jawapannya bukan kerana penjawat awam tidak faham atau tidak profesional, tetapi terletak pada cara sistem itu sendiri dibina iaitu sistem yang membenarkan niat baik wujud tanpa kejelasan kuasa, tanpa penyelarasan makna, dan tanpa mekanisme yang memaksa perubahan berlaku.Bahagian I — Komunikasi total bukan banyak bercakap, tetapi penyelarasan maknaKesilapan asas dalam komunikasi total ialah menyempitkannya kefahaman kepada kemahiran bercakap, kecekapan menulis kenyataan media atau kebolehan mengurus pelbagai saluran komunikasi. Poster, video, townhall, media sosial dan pelaporan imej ada peranannya, tetapi ia bukan intinya.Dalam logik tadbir urus moden, komunikasi total merujuk kepada keupayaan institusi menyelaraskan makna, dari atas ke bawah dan dari pusat ke lapangan supaya apa yang diputuskan, apa yang dilaksanakan dan apa yang dialami rakyat bergerak dalam satu aliran kefahaman yang konsisten. Makna di sini bukan retorik, tetapi perkara yang sangat konkrit; Apakah keputusan sebenar, apakah had kuasa setiap peringkat, apakah keutamaan yang tidak boleh dikompromi dan apakah definisi ‘siap’ yang diterima oleh sistem.Dalam erti kata ini, komunikasi total bukan slogan budaya kerja, tetapi operating system kepada penyampaian kerajaan. Operating system inilah yang menentukan sama ada dasar benar-benar menjadi tindakan atau sekadar kekal sebagai dokumen. Tanpanya, organisasi mungkin kelihatan sibuk, tetapi bergerak tanpa koordinat yang sama. Sebab itu penekanan kepimpinan terhadap komunikasi total, termasuk keperluan mengurangkan ‘bahasa Putrajaya’, melibatkan fungsi komunikasi lebih awal dalam reka bentuk dasar dan memastikan mesej sampai dengan jelas bukan lagi kosmetik. Ia isyarat bahawa masalah sebenar bukan kekurangan kerja, tetapi kegagalan sistem menyelaraskan makna. Dalam negara yang kompleks, komunikasi bukan hiasan dasar; ia sebahagian daripada enjin dasar itu sendiriBahagian II — Apabila komunikasi total tidak menggerakkan sistem, ia hanya menjadi bunyiSetiap kali dasar atau projek tidak bergerak seperti dirancang, skripnya hampir seragam: Orang bawah tidak faham, jabatan tak align, belum ada buy-in. Maka jawapan standard pun muncul seperti tambah komunikasi, tambah taklimat, slaid, memo dan video. Namun soalan penting yang jarang ditanya ialah; Selepas semua itu, apa yang benar-benar berubah dalam sistem? Jika jawapannya tiada perubahan struktur, maka komunikasi yang berlaku hanyalah bunyi.Dalam banyak kes, masalah sebenar bukan kekurangan kefahaman, tetapi struktur keputusan yang tidak berubah. Proses kelulusan masih berlapis, pemilik tanggungjawab kabur, garis masa tidak mengikat dan tiada akibat yang jelas apabila kerja gagal bergerak. Dalam keadaan ini, komunikasi hanya menjadi lapisan penutup yang kelihatan aktif, menenangkan emosi, tetapi tidak mengubah hasil.Komunikasi total yang hidup menghantar isyarat yang jelas; Ini keputusan muktamad, ini keutamaan sebenar, ini tarikh akhir, ini perkara yang tidak boleh dirunding, serta memastikan tafsiran arahan selari dari pusat ke lapangan. Di situlah fast execution, impactful results, follow-up dan follow-through menjadi nyata. Selagi silo, rantaian kelulusan berlebihan, ketiadaan single source of truth dan ukuran kejayaan yang salah tidak dibetulkan, komunikasi total akan kekal sebagai kempen, bukan sistem.Bahagian III — Total communication sebagai sistem saraf perkhidmatan awam Malaysia.Negara moden tidak bergerak sebagai himpunan kementerian, jabatan dan agensi yang terpisah. Ia bergerak sebagai satu organisasi besar dengan pemusatan keputusan, anggota pelaksana, dan jutaan ‘reseptor’ di lapangan yang menerima, mentafsir dan bertindak balas terhadap isyarat yang dihantar. Dalam kerangka ini, komunikasi total tidak wajar difahami sebagai fungsi sokongan. Ia ialah sistem saraf negara.Seperti sistem saraf dalam tubuh manusia, peranannya bukan untuk menghias, tetapi untuk mengha

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *