[KOLUMNIS] Konspirasi, persepsi dan kedaulatan undang-undang

[KOLUMNIS] Konspirasi, persepsi dan kedaulatan undang-undang | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Jemaah terkandas di Jeddah beli sendiri tiket penerbangan pulang Malaysia APMM gagalkan cubaan seludup masuk 37 warga asing di Kuala Muda Dunia Hamas ucap takziah, kecam pembunuhan Khamenei sebagai ‘jenayah keji’ Advertisement Malaysia [KOLUMNIS] Konspirasi, persepsi dan kedaulatan undang-undang Kolumnis AWANI 01/03/2026 | 16:59 MYT Apabila pihak berkuasa mengesahkan siasatan di bawah undang-undang yang berkaitan dengan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen, ini menunjukkan tahap keseriusan yang luar biasa. – Gambar hiasan KENYATAAN terbaharu Polis Diraja Malaysia mengenai siasatan terhadap dakwaankonspirasi menjatuhkan kerajaan seharusnya membuka mata rakyat bahawa isukestabilan negara bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.Apabila pihak berkuasa mengesahkan siasatan di bawah undang-undang yangberkaitan dengan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen, ini menunjukkantahap keseriusan yang luar biasa. Ia bukan sekadar pertikaian politik biasa, tetapimelibatkan kemungkinan ancaman terhadap sistem pemerintahan yang dipilihrakyat.Advertisement Lebih membimbangkan, laporan yang dibuat mendakwa wujud usaha menggunakan media antarabangsa, pelobi luar negara dan tekanan persepsi global untuk mempengaruhi politik domestik Malaysia. Sekiranya benar, tindakan sedemikian melangkaui batas perdebatan demokratik dan menyentuh soal kedaulatan negara.Dalam era maklumat tanpa sempadan, persepsi boleh menjadi senjata yang lebih berkesan daripada kekuatan fizikal. Naratif yang dibentuk secara sistematik mampumelemahkan keyakinan rakyat terhadap institusi, memecah-belahkan masyarakatdan akhirnya menjejaskan legitimasi kerajaan.Tidak mustahil juga bahawa serangan berterusan terhadap institusi penguatkuasaan — termasuk terhadap kepimpinan SPRM — perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas. SPRM dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah menunjukkan pendekatan “tanpa pilih bulu”, menyiasat tokoh politik, korporat, penjawat awam, NGO dan bahkan kepimpinan tertinggi sektor pertahanan negara. Penulis: Nazir Ab Hadi Pendekatan tegas ini sememangnya penting dalam memerangi rasuah, tetapi padamasa yang sama boleh mencetuskan tindak balas daripada pihak yang berkepentingan. Namun begitu, kita juga tidak boleh terjebak dalam spekulasi. Prinsip asas negarahukum ialah keadilan mesti berasaskan bukti, bukan persepsi atau tekanan media. “Trial by media” bukan sahaja boleh memusnahkan reputasi individu, malahberpotensi menjejaskan kepercayaan terhadap institusi negara.Apa yang diperlukan sekarang ialah ketenangan dan keyakinan terhadap proses undang-undang. Biarlah pihak polis menjalankan siasatan secara bebas, profesional dan telus bagi menentukan kesahihan dakwaan tersebut.Jika benar wujud konspirasi, ia mesti ditangani dengan tegas demi mempertahankan demokrasi dan kedaulatan negara. Jika dakwaan itu tidak berasas, penyebaran tuduhan sedemikian juga perlu diambil tindakan agar tidak menjadi alat manipulasi politik.Malaysia tidak boleh membiarkan kestabilan negaranya ditentukan oleh perang persepsi. Demokrasi yang matang bergantung kepada fakta, keadilan dan penghormatan terhadap undang-undang — bukan kepada naratif yang paling lantang.Akhirnya, yang dipertaruhkan bukan hanya reputasi individu atau institusi, tetapimasa depan negara itu sendiri. *Artikel ini tulisan Nazir Ab Hadi, Presiden Pertubuhan Anti Korupsi Malaysia (PAKAR)**Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.  Topic Berkaitan #Kedaulatan Undang-Undang #Persepsi #SPRM #Pakar Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Jemaah terkandas di Jeddah beli sendiri tiket penerbangan pulang 12 minutes ago Malaysia APMM gagalkan cubaan seludup masuk 37 warga asing di Kuala Muda 14 minutes ago Dunia Hamas ucap takziah, kecam pembunuhan Khamenei sebagai ‘jenayah keji’ 18 minutes ago Dunia Tuntut bela pembunuhan Khamenei adalah tanggungjawab dan hak sah Iran – Masoud Pezeshkian 40 minutes ago Dunia Pasukan keselamatan suraikan tunjuk perasaan berhampiran Kedutaan AS di Baghdad 42 minutes ago Malaysia Banjir Sabah: Mangsa menurun kepada 1,387 orang, empat PPS di Beaufort masih beroperasi 56 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *