Konflik Asia Barat: 649 Rakyat Malaysia masih terkandas – Wisma Putra | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Konflik Asia Barat: 649 Rakyat Malaysia masih terkandas – Wisma Putra Dunia Gelombang baharu letupan kedengaran di Tehran, ibu negara Iran Dunia Israel terus tutup kompleks Masjid Al-Aqsa lapan hari berturut-turut Advertisement Malaysia Konflik Asia Barat: 649 Rakyat Malaysia masih terkandas – Wisma Putra Astro AWANI 08/03/2026 | 00:00 MYT Seramai 649 rakyat Malaysia dilaporkan masih terkandas di beberapa lokasi di Asia Barat susulan peningkatan konflik di rantau tersebut. KUALA LUMPUR: Seramai 649 rakyat Malaysia dilaporkan masih terkandas di beberapa lokasi di Asia Barat susulan peningkatan konflik di rantau tersebut, menurut Kementerian Luar Negeri Malaysia.Kementerian dalam dalam satu kenyataan memaklumkan setakat 7 Mac 2026, jam 6 petang, seramai 24,568 rakyat Malaysia telah berdaftar melalui sistem e-Konsular bagi membolehkan pihak kerajaan memantau kedudukan mereka di kawasan terjejas.Advertisement “Usaha semasa tertumpu kepada membantu rakyat Malaysia yang terkandas akibat gangguan perjalanan serta memudahcara kepulangan mereka melalui penerbangan komersial yang masih tersedia,” katanyaDalam pada itu, Jemaah Menteri turut meluluskan pelan evakuasi kontingensi sekiranya situasi keselamatan di rantau tersebut bertambah buruk.Antara negara yang terlibat dalam operasi penyelarasan evakuasi termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Oman dan Turkiye dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan serta syarikat penerbangan.Di Arab Saudi, seramai 243 rakyat Malaysia masih terkandas, kebanyakannya terdiri daripada jemaah umrah, manakala di UAE pula 176 rakyat Malaysia masih berada dalam senarai aktif bantuan di Dubai dan 25 lagi di Abu Dhabi.Sementara itu di Oman, jumlah rakyat Malaysia yang terkandas menurun daripada 190 kepada lima orang selepas beberapa penerbangan pulang berjaya diselaraskan dalam beberapa hari kebelakangan ini.Kementerian turut memaklumkan sekatan ruang udara di beberapa kawasan seperti Iraq serta gangguan operasi penerbangan di Qatar terus memberi kesan kepada perjalanan di rantau tersebut.Sehubungan itu, rakyat Malaysia di kawasan terjejas digesa mendaftar serta mengemas kini maklumat melalui sistem e-Konsular bagi memudahkan penyelarasan bantuan konsular dan operasi evakuasi. Topic Berkaitan #Wisma Putra #Iran #konflik Asia Barat #Kementerian luar Ngeri Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Konflik Asia Barat: 649 Rakyat Malaysia masih terkandas – Wisma Putra 10 minutes ago Dunia Gelombang baharu letupan kedengaran di Tehran, ibu negara Iran 15 minutes ago Dunia Israel terus tutup kompleks Masjid Al-Aqsa lapan hari berturut-turut 25 minutes ago Malaysia "The Pocket Rocketman" rangkul emas keirin pada piala dunia di Australia 55 minutes ago Malaysia Warga emas terperangkap dua hari dalam perigi sebelum diselamatkan 1 hour ago Malaysia MCMC teliti pelbagai kaedah pengesahan umur had 16 tahun untuk media sosial – Teo 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Konflik Asia Barat: 649 Rakyat Malaysia masih terkandas – Wisma Putra
