Konflik Asia Barat: Filipina isytihar darurat tenaga gangguan bekalan minyak

Konflik Asia Barat: Filipina isytihar darurat tenaga gangguan bekalan minyak | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Thailand dapat kebenaran Iran untuk kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Dunia Iran lantik Mohammad Bagher Zolghadr sebagai ketua keselamatan tertinggi Advertisement Dunia Konflik Asia Barat: Filipina isytihar darurat tenaga gangguan bekalan minyak Astro AWANI 24/03/2026 | 23:18 MYT Situasi di Asia Barat telah menjejaskan rantaian penghantaran produk petroleum sekali gus mengganggu keperluan tenaga domestik negara, ujar Presiden Marcos. MANILA: Presiden Filipina, Ferdinand R. Marcos Jr. mengisytiharkan darurat tenaga susulan konflik di rantau Asia Barat yang semakin memuncak.Menerusi Arahan Eksekutif 110 yang ditandatanganinya hari ini, beliau berkata Filipina bergantung kepada bekalan bahan api dari luar negara dan terdedah kepada gangguan dalam pengeluaran serta pengangkutan minyak global.Advertisement Tegasnya, situasi itu menjejaskan rantaian penghantaran produk petroleum sekali gus mengganggu keperluan tenaga domestik negara.“Darurat tenaga peringkat nasional dengan ini diisytiharkan susulan konflik berterusan di Asia Barat, serta ancaman segera yang menjejaskan ketersediaan dan kestabilan bekalan tenaga negara,” katanya.Beliau menambah, Kementerian Tenaga berpandangan langkah tersebut perlu diambil kerana paras bekalan tenaga kini menghampiri tahap kritikal.Arahan itu turut menetapkan pembentukan satu jawatankuasa bagi mengelola Pakej Bersepadu untuk Sara Hidup, Industri, Makanan dan Pengangkutan (UPLIFT).UPLIFT bertujuan melindungi kepentingan negara dengan memastikan kestabilan bekalan tenaga domestik, penyampaian perkhidmatan penting yang berterusan tanpa gangguan, serta kelangsungan aktiviti ekonomi.Inisiatif ini melibatkan tujuh setiausaha kabinet, dengan Marcos bertindak sebagai pengerusinya.Terdahulu media melaporkan, lebih 400 stesen minyak di seluruh Filipina telah menghentikan operasi susulan kenaikan harga bahan api.Semalam, nota penyelidikan, Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menyatakan pendedahan import minyak mentah Filipina mencecah 95 peratus dan diikuti oleh Vietnam sebanyak 88 peratus dan Malaysia 69 peratus.Sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran, bekalan minyak dunia mula terjejas dengan ketara susulan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.Perang Iran mencetuskan gangguan terbesar dalam sejarah pasaran minyak global, khususnya akibat gangguan di Selat Hormuz. Sehingga Mac 2026, kira-kira 20 peratus bekalan minyak dunia yang melalui laluan strategik itu terancam, sekali gus menyebabkan harga minyak global melonjak sekitar 50 peratus. Topic Berkaitan #Filipina #Iran Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Thailand dapat kebenaran Iran untuk kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz 13 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 15 minutes ago Dunia Iran lantik Mohammad Bagher Zolghadr sebagai ketua keselamatan tertinggi 44 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Filipina isytihar darurat tenaga gangguan bekalan minyak 55 minutes ago Malaysia Malaysia akan main peranan proaktif sumbang penyelesaian konflik di Asia Barat – MKN 1 hour ago Malaysia Lelaki ditahan disyaki curi kabel TM 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *