Konflik Asia Barat: Hezbollah tidak akan menyerah, sedia menentang ‘pencerobohan Israel-AS’

Konflik Asia Barat: Hezbollah tidak akan menyerah, sedia menentang ‘pencerobohan Israel-AS’ | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Sukan Dua faktor tentukan masa depan Fernandes di United Dunia Bulgaria hantar tiga pesawat pindahkan rakyat dari Asia Barat Malaysia Angkatan Aeroangkasa IRGC Iran ikrar pertahan negara Advertisement Dunia Konflik Asia Barat: Hezbollah tidak akan menyerah, sedia menentang ‘pencerobohan Israel-AS’ Agensi 05/03/2026 | 07:10 MYT Hezbollah ketika ini, kata Naim, sedang berdepan pencerobohan dengan pilihan yang ada ialah menentang pencerobohan itu hingga ke pengorbanan terakhir. – Gambar fail Reuters BEIRUT: Pasukan pejuang Hezbollah akan menentang “pencerobohan Israel-Amerika” dan tidak akan menyerah walaupun terdapat “ketidakseimbangan kemampuan,” kata ketua kumpulan Lubnan yang disokong Iran, Naim Qassem, pada malam Rabu dalam ucapan televisyen.“Kita berdepan pencerobohan… pilihan kita adalah menentangnya hingga ke pengorbanan terakhir dan kita tidak akan menyerah,” tegas pemimpin Hezbollah itu dalam ucapan pertama beliau sejak partinya melancarkan roket ke arah Israel pada Isnin dan Israel memulakan kempen pengeboman di Lubnan.Advertisement Qassem menolak anggapan bahawa partinya memulakan pusingan pertempuran terkini, dengan berkata: “Apa yang Israel lakukan selepas salvo roket itu bukanlah satu tindak balas. Ia adalah satu pencerobohan yang telah dirancang terlebih dahulu.”“Hezbollah dan pasukan penentangan Islamnya sedang memberi respons terhadap pencerobohan Israel-Amerika dan ini adalah hak yang sah… bagi kami ini adalah pertahanan kewujudan.”Perang di Asia Barat berkembang ke Lubnan pada Isnin dan Israel kemudian berkata, tenteranya telah memasuki bandar serta kampung di selatan Lubnan.Pada Rabu, pihak berkuasa Lubnan berkata, kempen Israel telah membunuh sekurang‑kurangnya 72 orang dan memindahkan lebih daripada 83,000 penduduk.Kerajaan Lubnan pada Isnin mengumumkan “larangan serta-merta” terhadap aktiviti ketenteraan Hezbollah dan menuntut parti itu menyerahkan senjatanya, beberapa bulan selepas parti itu berikrar untuk perlucutan senjata secara beransur-ansur — sesuatu yang telah berulang kali ditolak oleh Hezbollah.Dalam ucapannya pada Rabu, Qassem mengkritik keputusan baharu kerajaan Lubnan itu, dengan berkata: “Daripada kerajaan Lubnan bergerak untuk mengutuk pencerobohan Israel-Amerika dan mencari cara untuk menentangnya, ia berpaling menentang penentangan dan menyempurnakan kesilapannya dengan menyelaraskan diri dengan tuntutan Israel.”“Isu penentangan dan senjata penentangan bukanlah topik untuk dipertikaikan oleh sesiapa atau dengan sesiapa. Ia adalah hak yang sah. Kami berjuang di Lubnan demi mempertahankan rakyat kami, masa depan anak‑anak kami dan negara kami,” tambahnya. – Agensi Topic Berkaitan #konflik Asia Barat #Hezbollah #Amerika serang Iran #pencerobohan Israel-Amerika Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Sukan Dua faktor tentukan masa depan Fernandes di United 2 minutes ago Dunia Bulgaria hantar tiga pesawat pindahkan rakyat dari Asia Barat 12 minutes ago Malaysia Angkatan Aeroangkasa IRGC Iran ikrar pertahan negara 22 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Senat AS tolak usaha hentikan operasi ketenteraan AS terhadap Iran 32 minutes ago Bisnes QatarEnergy isytihar force majeur terhadap bekalan LNG 42 minutes ago Bisnes Kementerian Ekonomi mahu adakan mesyuarat penyelarasan bersama Petronas, BNM, MoF 52 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *