Konflik Asia Barat: Iran gariskan lima syarat tamatkan perang

Konflik Asia Barat: Iran gariskan lima syarat tamatkan perang | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Serangan maut di Lubnan ragut 42 nyawa petugas perubatan Malaysia Malaysia gesa gencatan senjata diperluas merangkumi Lubnan – PM Anwar Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Advertisement Dunia Konflik Asia Barat: Iran gariskan lima syarat tamatkan perang Agensi 25/03/2026 | 22:45 MYT Memetik media Iran, Press TV, seorang pegawai kanan politik-keselamatan Iran berkata negara tersebut tidak akan membenarkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menentukan bila perang tersebut harus ditamatkan. – Foto Reuters Iran tegaskan sebarang penamatan konflik hanya akan berlaku mengikut syarat dan garis masa yang ditetapkan oleh Tehran.Memetik media Iran, Press TV,  seorang pegawai kanan politik-keselamatan Iran berkata negara tersebut tidak akan membenarkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menentukan bila perang tersebut harus ditamatkan.Advertisement Menurut pegawai itu, Iran akan menamatkan perang apabila ia sendiri memutuskan berbuat demikian dan apabila semua syaratnya dipenuhi.Beliau turut menegaskan komitmen Tehran untuk terus mempertahankan diri serta melancarkan serangan berat terhadap musuh sehingga tuntutan dipenuhi.Katanya lagi, Washington telah berusaha mengadakan rundingan melalui pelbagai saluran diplomatik dengan mengemukakan cadangan yang disifatkan Tehran sebagai “melampau” dan tidak mencerminkan realiti kegagalan Amerika Syarikat di medan perang.Ujarnya, Amerika Syarikat juga tidak mempunyai niat sebenar untuk berunding secara bermakna sebelum melancarkan tindakan ketenteraan terhadap Iran.Sehubungan itu, Tehran menganggap cadangan terbaharu yang disampaikan melalui perantara serantau sebagai helah untuk meningkatkan ketegangan, dan bertindak menolaknya.Susulan itu, pegawai berkenaan menggariskan lima syarat utama untuk menamatkan perang antaranya penghentian sepenuhnya “pencerobohan dan pembunuhan sasaran” oleh musuh, mekanisme kukuh bagi memastikan konflik tidak berulang, serta jaminan pembayaran ganti rugi perang secara jelas.Syarat lain termasuk penamatan perang di semua medan perang dan melibatkan semua kumpulan penentang di rantau berkenaan, selain pengiktirafan antarabangsa terhadap hak kedaulatan Iran ke atas Selat Hormuz.Tambah beliau, syarat-syarat itu adalah tambahan kepada tuntutan yang telah dikemukakan Tehran dalam pusingan kedua rundingan di Geneva, beberapa hari sebelum Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan pada Februari lalu. Topic Berkaitan #Asia Barat #Donald Trump #Perang #saluran diplomatik Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Serangan maut di Lubnan ragut 42 nyawa petugas perubatan 13 minutes ago Malaysia Malaysia gesa gencatan senjata diperluas merangkumi Lubnan – PM Anwar 28 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 45 minutes ago Malaysia Polis tahan lelaki hina Nabi Muhammad SAW di Facebook 59 minutes ago Malaysia Gangguan perkhidmatan ETS, komuter Batu Caves-Pulau Sebang akibat talian terputus 59 minutes ago Dunia Arab Saudi arah pemegang visa terkandas tinggalkan negara itu sebelum 18 April 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *