Konflik Asia Barat: Kos perkapalan melonjak 340 juta euro sehari untuk industri

Konflik Asia Barat: Kos perkapalan melonjak 340 juta euro sehari untuk industri | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [TERKINI] Kuota subsidi BUDI95 diselaraskan kepada 200 liter sebulan mulai 1 April 2026 Dunia Rusia larang eksport petrol mulai 1 April untuk stabilkan pasaran domestik Malaysia Warga China ditahan rakam video dalam tandas pusat beli-belah di Bukit Jalil Malaysia Tular video disyaki curi kabel di Ipoh, polis minta orang ramai salur maklumat Advertisement Dunia Konflik Asia Barat: Kos perkapalan melonjak 340 juta euro sehari untuk industri Bernama 28/03/2026 | 18:52 MYT Kekacauan di Selat Hormuz meletakkan perdagangan maritim global di bawah perhatian ramai tetapi kesan segeranya ialah ke atas pasaran minyak. – AP LONDON: Ketegangan di sekitar Selat Hormuz meningkatkan kos untuk seluruh industri perkapalan global, dengan syarikat berdepan tambahan 340 juta euro (USD393 juta) dalam perbelanjaan bahan api harian, pengangkutan dan alam sekitar, menurut sebuah kumpulan advokasi pengangkutan bersih Eropah pada Jumaat, lapor Xinhua.Firma perkapalan telah menanggung lebih 4.6 bilion euro dalam kos bahan api tambahan sejak 28 Feb apabila Amerika Syarikat (AS) dan Israel memulakan serangan besar-besaran ke atas Iran, menurut kumpulan itu dalam satu laporan.Advertisement Harga bahan api marin melonjak secara mendadak, menurutnya, dengan minyak bahan api paling rendah kandungan sulfur meningkat kepada 941 euro setiap tan di Singapura, naik 223 peratus sejak awal 2026.Harga gas asli cecair juga meningkat sebanyak 72 peratus sejak awal Mac, meningkatkan lagi kos operasi untuk pemilik kapal.Memandangkan 99 peratus daripada armada global masih dikuasakan oleh bahan api fosil, menurut kumpulan itu, industri “terdedah secara langsung” kepada turun naik harga bahan api dan gangguan bekalan.“Kekacauan di Selat Hormuz meletakkan perdagangan maritim global di bawah perhatian ramai tetapi kesan segeranya ialah ke atas pasaran minyak,” kata Eloi Norde, pegawai dasar perkapalan organisasi itu.”Perang berkenaan menyebabkan industri rugi jutaan setiap hari.”Beliau berkata krisis semasa boleh mempercepat pelaburan dalam penyelesaian tenaga lebih bersih dan kebimbangan sebelum ini mengenai kos tinggi penghantaran hijau kelihatan kurang ketara berbanding skala gangguan yang kini dihadapi industri.Laporan itu juga menunjukkan haluan berpotensi dalam mengurangkan pendedahan terhadap kejutan bahan api.Elektrifikasi kapal jarak dekat seperti feri dan kapal kargo pantai dikenal pasti sebagai peluang jangka pendek, dan langkah operasi, termasuk penstiman perlahan dan pendorongan bantuan angin, mampu meningkatkan kecekapan bahan api dengan ketara untuk penghantaran jarak jauh, katanya.– BERNAMA-XINHUA Topic Berkaitan #kos perkapalan #selat hormuz #kos bahan api tambahan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Rusia larang eksport petrol mulai 1 April untuk stabilkan pasaran domestik 8 minutes ago Malaysia Warga China ditahan rakam video dalam tandas pusat beli-belah di Bukit Jalil 25 minutes ago Malaysia Tular video disyaki curi kabel di Ipoh, polis minta orang ramai salur maklumat 30 minutes ago Dunia Serangan dron ke atas Lapangan Terbang Kuwait, rosakkan sistem radar 40 minutes ago Politik Khairy Jamaluddin serah nasib kepada UMNO 47 minutes ago Dunia Penutupan Masjid Al-Aqsa masuk hari ke-29 susulan sekatan berterusan 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *