Konflik Asia Barat: KPDN tingkat pemantauan risiko penyeludupan bahan api | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia STR kepada BNM selepas 28 transaksi RM19.3 juta masuk akaun Bersatu Malaysia Beberapa kawasan di Kuching dilanda banjir, dua PPS dibuka Dunia Sistem pertahanan udara UAE pintas misil, dron Iran Advertisement Malaysia Konflik Asia Barat: KPDN tingkat pemantauan risiko penyeludupan bahan api Bernama 10/03/2026 | 14:00 MYT Armizan (foto) berkata KPDN akan mempergiat pelaksanaan Ops Tiris dalam memastikan bekalan bahan api tidak diseludup keluar ke negara jiran. -Gambar fail/Bernama KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meningkatkan pemantauan serta penguatkuasaan di sempadan negara, bagi mengekang risiko penyeludupan bahan api susulan kenaikan harga minyak dunia akibat konflik di Asia Barat.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata KPDN akan mempergiat pelaksanaan Op Tiris dalam memastikan bekalan bahan api tidak diseludup keluar ke negara jiran.Advertisement “Harga minyak dunia jauh meningkat sekarang, telah melebihi US$100 setong. Jadi risiko penyeludupan itu tetap berlaku kerana harga industri akan naik mengikut harga pasaran.“Selain itu, jika dibandingkan dengan harga (bahan api) di negara-negara jiran yang tidak ada subsidi sebagaimana kita, ada kecenderungan risiko agak besar berlakunya penyeludupan. Maka kita akan meningkatkan penguatkuasaan,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya dan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Aidilfitri, di sini, hari ini.Ketegangan di Asia Barat meruncing sejak 28 Feb susulan serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, diikuti serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara Teluk.Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan berusaha sedaya mungkin untuk mengekalkan harga RON95 pada paras RM1.99 seliter supaya tidak membebankan rakyat.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata meskipun harga minyak dilaporkan semakin meningkat di pasaran global, keadaan di negara ini masih lagi terkawal dengan ketetapan harga RON95 yang rendah menerusi subsidi bersasar.– BERNAMA Topic Berkaitan #Armizan Mohd Ali #KPDN #Penyeludupan #bahan api #Asia Barat #konflik Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia STR kepada BNM selepas 28 transaksi RM19.3 juta masuk akaun Bersatu 10 minutes ago Malaysia Beberapa kawasan di Kuching dilanda banjir, dua PPS dibuka 13 minutes ago Dunia Sistem pertahanan udara UAE pintas misil, dron Iran 20 minutes ago Malaysia Kerangka tadbir urus AI negara siap dalam 12 bulan – Gobind 34 minutes ago Malaysia Johor tegas tidak lulus pusat data jejaskan rakyat — MB Onn Hafiz 37 minutes ago Malaysia Isu pemain warisan: TMJ dedah ada ‘orang dalam’ FAM mahu jadikan baginda kambing hitam 51 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Konflik Asia Barat: KPDN tingkat pemantauan risiko penyeludupan bahan api
