Konflik Asia Barat: Malaysia gesa PBB, masyarakat antarabangsa bertindak segera | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia CSO gesa Ahli Parlimen, Senator sokong RUU hadkan tempoh jawatan PM 10 tahun Malaysia Keselamatan kebakaran tanggungjawab bersama, tidak harus diabaikan – Lee Lam Thye Malaysia NRES cadang tubuh jawatankuasa kebangsaan tangani isu kemasukan sisa elektronik haram Advertisement Berita Konflik Asia Barat: Malaysia gesa PBB, masyarakat antarabangsa bertindak segera Firdaus Azil 28/02/2026 | 22:00 MYT Malaysia menggesa semua pihak meredakan ketegangan melalui dialog dan diplomasi, sambil menyeru PBB serta masyarakat antarabangsa mengambil tindakan segera bagi memastikan pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan. – Gambar fail/Bernama PUTRAJAYA: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan terhadap Iran, dan serangan balas republik itu terhadap beberapa negara di rantau Asia Barat iaitu Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait dan Qatar pada Sabtu.Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, siri serangan tersebut melanggar prinsip kedaulatan dan integriti wilayah, dan merupakan pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa, termasuk Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.Advertisement Selain itu, Kementerian berkata, situasi tersebut bakal menimbulkan ancaman besar terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa.“Tindakan ketenteraan seperti ini berisiko menambah ketidakstabilan di wilayah yang sudah rapuh dan membahayakan nyawa orang awam.“Pada saat kritikal ini, semua usaha mesti diambil untuk mengelakkan peningkatan ketegangan dan potensi implikasi yang menjejaskan kestabilan serantau dan membawa kesan global yang lebih luas.“Malaysia menegaskan bahawa setiap pertikaian mesti diselesaikan melalui dialog dan diplomasi, dengan menghormati undang-undang antarabangsa sepenuhnya,” menurut kenyataan itu lagi.Wisma Putra berkata, Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, untuk mengambil tindakan segera dan tegas bagi menangani perbuatan ini serta memastikan mereka yang bertanggungjawab diadili mengikut undang-undang antarabangsa.Ketegangan di rantau Asia Barat memuncak selepas Amerika Syarikat dan Israel melancarkan operasi ketenteraan besar‑besaran terhadap Iran pada Sabtu, yang seterusnya mengakibatkan tindak balas Iran terhadap beberapa negara Teluk. Letupan dilaporkan di Bahrain, Kuwait, Qatar, Jordan dan Emiriah Arab Bersatu selepas negara‑negara tersebut mengesahkan pemintasan peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran. Di UAE, beberapa peluru berpandu Iran berjaya dipintas, namun serpihan jatuh di beberapa kawasan di Abu Dhabi dan Dubai. Qatar pula mengecam keras serangan Iran yang disifatkan sebagai pelanggaran kedaulatan dan ancaman terhadap keselamatan nasional negara itu. Laporan antarabangsa turut mengesahkan sekurang‑kurangnya seorang terbunuh di Abu Dhabi selepas gelombang serangan pertama Iran. Bahrain memaklumkan serangan peluru berpandu turut menyasarkan ibu pejabat Tentera Laut AS di negara itu, manakala Kuwait dan Qatar menutup ruang udara susulan siri letupan dan ancaman berterusan. Serangan Iran itu merupakan tindak balas terhadap operasi ketenteraan AS‑Israel yang menyasarkan beberapa lokasi strategik di Tehran dan bandar-bandar lain. Media antarabangsa melaporkan bunyi letupan di Tehran, Qom, Karaj dan Kermanshah, manakala Israel turut berdepan serangan peluru berpandu dan dron yang dilancarkan dari Iran. Perkembangan itu menimbulkan kebimbangan besar terhadap risiko berlakunya konflik berskala lebih besar yang melibatkan negara‑negara Teluk, sekutu Barat, serta rangkaian pangkalan tentera AS di rantau berkenaan. Ia turut menyebabkan penutupan sementara ruang udara di beberapa negara serta gangguan penerbangan komersial. Topic Berkaitan #konflik Asia Barat #rejim zionis Israel #serangan terhadap Iran #Wisma Putra Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia CSO gesa Ahli Parlimen, Senator sokong RUU hadkan tempoh jawatan PM 10 tahun 30 minutes ago Malaysia Keselamatan kebakaran tanggungjawab bersama, tidak harus diabaikan – Lee Lam Thye 45 minutes ago Malaysia NRES cadang tubuh jawatankuasa kebangsaan tangani isu kemasukan sisa elektronik haram 1 hour ago Malaysia Kanak-kanak perempuan maut dilanggar kenderaan SUV 5 hours ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 5 hours ago Dunia Agensi Berita Palestin terima anugerah pengiktirafan media di Jeddah 5 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Konflik Asia Barat: Malaysia gesa PBB, masyarakat antarabangsa bertindak segera
