Konflik Asia Barat: PBB beri amaran risiko pelanggaran undang-undang susulan pemindahan paksa Israel di Lubnan

Konflik Asia Barat: PBB beri amaran risiko pelanggaran undang-undang susulan pemindahan paksa Israel di Lubnan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Bisnes BNM: Rizab antarabangsa berjumlah US$128.3 bilion setakat 27 Feb, 2026 Malaysia Loke gesa tindakan segera isu banjir kilat PLUS Malaysia Anugerah Pengakap kukuhkan hubungan Malaysia, Indonesia Advertisement Dunia Konflik Asia Barat: PBB beri amaran risiko pelanggaran undang-undang susulan pemindahan paksa Israel di Lubnan Astro AWANI 06/03/2026 | 18:30 MYT Turk (foto) menegaskan bahawa arahan melibatkan ratusan ribu penduduk itu menimbulkan persoalan besar berkaitan isu pemindahan paksa, yang dilarang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa. -Gambar fail/AP GENEVA: Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Turk, menyuarakan kebimbangan terhadap arahan pemindahan besar-besaran oleh tentera Israel di selatan Lubnan dan pinggir bandar selatan Beirut, yang didakwa berpotensi melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.Turk menegaskan bahawa arahan melibatkan ratusan ribu penduduk itu menimbulkan persoalan besar berkaitan isu pemindahan paksa, yang dilarang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa.Advertisement “Arahan pemindahan yang menyeluruh dan besar-besaran ini melibatkan ratusan ribu orang.”Ini menimbulkan kebimbangan serius di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, terutamanya apabila ia melibatkan isu-isu berkaitan pemindahan paksa,” kata Turk di Geneva pada Jumaat.Kenyataan itu menyusul selepas tentera Israel melancarkan serangan udara hebat di pinggir bandar selatan Beirut sejurus selepas mengarahkan penduduk meninggalkan kediaman masing-masing, termasuk kawasan berhampiran lapangan terbang ibu negara itu.Turk menyifatkan Lubnan kini menjadi titik kilat utama dalam konflik di rantau Asia Barat dan melahirkan kegusaran terhadap perkembangan terbaharu yang menyaksikan serangan roket berterusan oleh Hizbullah serta tindak balas keras daripada tentera Israel.Situasi di Lubnan dilaporkan semakin genting sejak Isnin apabila serangan udara Israel mula tertumpu di Beirut serta kawasan selatan dan timur negara itu, sekali gus mencetuskan krisis pelarian yang besar di tengah-tengah peperangan yang melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran. Topic Berkaitan #PBB #Volker Turk #Lubnan #israel #Hizbullah #pemindahan paksa #undang-undang kemanusiaan #Asia Barat Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Bisnes BNM: Rizab antarabangsa berjumlah US$128.3 bilion setakat 27 Feb, 2026 6 minutes ago Malaysia Loke gesa tindakan segera isu banjir kilat PLUS 21 minutes ago Malaysia Anugerah Pengakap kukuhkan hubungan Malaysia, Indonesia 36 minutes ago Malaysia Kerajaan teliti cara kekalkan harga minyak susulan konflik Asia Barat – Muhammad Kamil 1 hour ago Malaysia AKM dicadang masukkan elemen penerangan MA63 dalam modul latihan 1 hour ago Politik PKR saman 16 bekas MP, ADUN, tuntut RM160 juta kerana keluar parti 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *