Konflik Asia Barat: Serangan Iran ke atas pangkalan tentera AS sebabkan kerosakan AS$800 juta | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Malaysia Agong, Raja Permaisuri sampai ucapan Aidilfitri Malaysia Anak muda turun padang bantu miskin bandar ketika Ramadan Dunia Konflik Asia Barat: Serangan Iran ke atas pangkalan tentera AS sebabkan kerosakan AS$800 juta Advertisement Dunia Konflik Asia Barat: Serangan Iran ke atas pangkalan tentera AS sebabkan kerosakan AS$800 juta Astro AWANI 21/03/2026 | 06:45 MYT Imejan satelit komersial yang dikeluarkan secara berperingkat turut menunjukkan radome dan komponen radar musnah di beberapa lokasi. – Foto fail/REUTERS SERANGAN balas Iran ke atas pangkalan tentera yang digunakan Amerika Syarikat (AS) di Asia Barat dalam dua minggu pertama perang telah menyebabkan kerosakan dianggarkan AS$800 juta, menurut analisis terbaharu oleh Center for Strategic & International Studies (CSIS) dan BBC Verify.Angka ini jauh lebih tinggi berbanding laporan awal dan memberi gambaran tentang kos besar yang ditanggung AS ketika konflik berlarutan.Advertisement Menurut laporan CSIS dan analisis BBC, sebahagian besar kerosakan berlaku dalam minggu pertama selepas AS dan Israel melancarkan perang terhadap Iran, yang mendorong Tehran melancarkan siri serangan peluru berpandu dan dron ke beberapa negara yang menempatkan aset ketenteraan AS termasuk Jordan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).Serangan tersebut menyasarkan sistem pertahanan udara dan komunikasi satelit AS, komponen penting dalam operasi ketenteraan moden.Salah satu kerosakan paling besar melibatkan sistem radar AN/TPY‑2, yang merupakan sebahagian daripada pertahanan misil THAAD, di sebuah pangkalan udara AS di Jordan.Kos satu sistem radar itu sahaja dianggarkan sekitar AS$485 juta, menurut semakan CSIS terhadap dokumen bajet Jabatan Pertahanan AS.Selain itu, serangan Iran turut menyebabkan kerosakan tambahan bernilai AS$310 juta pada bangunan, kemudahan dan infrastruktur lain di pangkalan tentera AS di seluruh rantau itu.Imejan satelit yang dianalisis oleh BBC Verify menunjukkan sekurang-kurangnya tiga pangkalan udara; Ali Al‑Salim (Kuwait), Al‑Udeid (Qatar) dan Pangkalan Udara Prince Sultan (Arab Saudi), mengalami kerosakan baharu pada peringkat berbeza konflik, menunjukkan Iran menumpukan serangan terhadap aset tertentu milik AS.Laporan turut menyebut bahawa Rusia dipercayai berkongsi maklumat risikan dengan Tehran mengenai kedudukan ketenteraan AS.Imejan satelit komersial yang dikeluarkan secara berperingkat turut menunjukkan radome dan komponen radar musnah di beberapa lokasi, termasuk Bahrain, Kuwait dan UAE.Firma seperti Planet Labs dan US Geological Survey mengesahkan kerosakan melalui imejan yang diperoleh sepanjang perang.Setakat ini, AS melaporkan 13 anggota tentera maut sejak Presiden Donald Trump menyertai Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada 28 Februari.Sementara itu, agensi hak asasi manusia berpangkalan di AS, Hrana, menganggarkan jumlah keseluruhan korban perang telah mencecah hampir 3,200 orang, termasuk 1,400 orang awam.Apabila diminta mengulas, Jabatan Pertahanan AS merujuk pertanyaan kepada US Central Command, namun pegawai di sana enggan memberikan komen.Menurut kemas kini CSIS yang berasingan, Pentagon memaklumkan kepada Kongres bahawa enam hari pertama perang sahaja menelan belanja AS$11.3 bilion, dan meningkat kepada AS$16.5 bilion dalam 12 hari.Kini, Pentagon memohon tambahan AS$200 bilion untuk meneruskan operasi, dengan Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth menyatakan angka tersebut “boleh berubah”.Konflik ini bukan sahaja meningkatkan kos ketenteraan AS secara dramatik, tetapi turut menggugat ekonomi global, terutama dengan hampir penutupan Selat Hormuz, laluan penting perdagangan minyak dunia.Ketidaktentuan berhubung tempoh perang dan kemungkinan Trump mengarahkan penghantaran tentera darat terus menambah risiko ketidaktentuan geopolitik. Topic Berkaitan #konflik Asia Barat #pangkalan tentera AS #Iran #serangan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Agong, Raja Permaisuri sampai ucapan Aidilfitri 58 minutes ago Malaysia Anak muda turun padang bantu miskin bandar ketika Ramadan 1 hour ago Dunia Konflik Asia Barat: Serangan Iran ke atas pangkalan tentera AS sebabkan kerosakan AS$800 juta 1 hour ago Dunia Konflik Asia Barat: Qatar, Jordan dan Mesir kecam serangan Israel di selatan Syria 1 hour ago Dunia Iran beri amaran: Pegawai AS, Israel tidak lagi selamat 1 hour ago Dunia Puteri Mahkota Norway akhirnya bersuara, dakwa diperdaya dan dimanipulasi Epstein 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Konflik Asia Barat: Serangan Iran ke atas pangkalan tentera AS sebabkan kerosakan AS$800 juta
