Konflik Asia Barat: UK tidak akan diheret ke kancah perang AS-Israel terhadap Iran | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Malaysia Penyelam dikhuatiri hilang di Pulau Tenggol belum ditemukan Dunia Beberapa individu terperangkap dalam insiden bangunan runtuh di tengah Istanbul – Media Malaysia Remaja lemas ketika mandi sungai bersama rakan Advertisement Dunia Konflik Asia Barat: UK tidak akan diheret ke kancah perang AS-Israel terhadap Iran Agensi 22/03/2026 | 19:20 MYT “Tiada sebarang penilaian yang menunjukkan mereka (Iran) cuba menyasarkan (serangan) ke arah Eropah,” kata Reed. – Gambar fail/Reuters LONDON: Menteri Kabinet United Kingdom (UK), Steve Reed menegaskan negara itu tidak akan diheret ke kancah peperangan melibatkan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran.Beliau yang juga Setiausaha Negara bagi Perumahan, Komuniti dan Kerajaan Tempatan UK, turut menyatakan bahawa tiada tanda-tanda Republik Islam itu akan menghalakan serangannya ke arah Eropah.Advertisement “UK tidak akan diheret terlibat dalam peperangan ini, namun begitu, kami akan mengambil langkah pertahanan secara kolektif yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan rakyat serta kepentingan negara terus terpelihara,” katanya ketika wawancara bersama BBC pada Ahad.Beliau turut menegaskan tiada penilaian yang menyokong dakwaan Iran merancang menyerang Eropah dengan peluru berpandu balistik, malah tiada bukti negara itu memiliki keupayaan tersebut.Tambahnya, seandainya keadaan itu berlaku, UK mempunyai keupayaan pertahanan mencukupi untuk melindungi negara mereka.“Setakat pengetahuan saya, tiada sebarang penilaian yang menunjukkan mereka (Iran) cuba menyasarkan Eropah, apatah lagi mempunyai keupayaan untuk melakukannya,” katanya.Terdahulu, Ketua Staf Tentera Israel, Eyal Zamir, mendakwa Iran memiliki misil yang mampu mencapai jarak sehingga 4,000 kilometer, sekali gus berpotensi menjangkau benua Eropah.Tuduhan Zamir timbul susulan laporan yang mendakwa Iran telah melancarkan serangan peluru berpandu ke arah pangkalan tentera Amerika Syarikat–United Kingdom di Diego Garcia, yang terletak di Lautan Hindi.Namun Iran menafikan dakwaan bahawa ia telah menyerang pulau yang terletak kira‑kira 4,000 kilometer dari Tehran dengan mengatakan ia tidak bertanggungjawab terhadap dakwaan serangan peluru berpandu tersebut. – Agensi Topic Berkaitan #Iran #israel #Perang Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Penyelam dikhuatiri hilang di Pulau Tenggol belum ditemukan 12 minutes ago Dunia Beberapa individu terperangkap dalam insiden bangunan runtuh di tengah Istanbul – Media 24 minutes ago Malaysia Remaja lemas ketika mandi sungai bersama rakan 1 hour ago Malaysia 200 warga asing diperiksa menerusi Ops 'Omnipresent' – JIM Selangor 2 hours ago Dunia Iran dakwa sistem pertahanan udaranya tembak jatuh jet pejuang F-15 2 hours ago Dunia Konflik Asia Barat: UK tidak akan diheret ke kancah perang AS-Israel terhadap Iran 3 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Konflik Asia Barat: UK tidak akan diheret ke kancah perang AS-Israel terhadap Iran
