Kontraktor rugi lebih RM100,000 tawaran tender palsu

Kontraktor rugi lebih RM100,000 tawaran tender palsu | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik Pas tetap mahu terajui PN – Takiyuddin Malaysia Dua beranak cemas sambut Tahun Baharu Cina, rumah terbakar Politik Pengerusi PN baharu ditentukan Ahad ini – Takiyuddin Advertisement Malaysia Kontraktor rugi lebih RM100,000 tawaran tender palsu Bernama 17/02/2026 | 13:17 MYT Suspek menawarkan tender membekal mesin jana kuasa elektrik, kononnya untuk kegunaan agensi berkenaan. – Gambar hiasan JERTIH: Seorang kontraktor lelaki kerugian hampir RM108,000 selepas diperdaya sindiket tawaran tender tidak wujud. Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahim berkata pada 3 Feb lepas, mangsa yang berusia 47 tahun telah menerima mesej melalui WhatsApp daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai perolehan di sebuah agensi kerajaan di daerah ini.Advertisement Beliau berkata suspek menawarkan tender membekal mesin jana kuasa elektrik, kononnya untuk kegunaan agensi berkenaan. “Mangsa telah bersetuju membeli lima jana kuasa mudah alih dengan nilai keseluruhan RM107,995 dan kemudian mangsa telah melakukan sebanyak lima transaksi wang ke dalam akaun atas nama sebuah syarikat seperti yang diberikan suspek. “Mangsa memasukkan wang tersebut dalam tempoh dua hari antara 10 hingga 12 Feb lepas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mohd Rozaime berkata mangsa kemudian menghubungi pejabat agensi itu untuk mendapat pengesahan berhubung tender berkenaan, namun dinafikan terdapat tender seperti itu dikeluarkan buat masa ini. Beliau berkata mangsa mengesyaki ditipu telah tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, semalam. “Sehubungan dengan itu, polis ingin menasihati orang ramai agar tidak mudah terperdaya dengan tender atau projek yang menjanjikan keuntungan segera tanpa pengesahan daripada agensi berkaitan.’’Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. — BERNAMA    Topic Berkaitan #kes penipuan tender #kontraktor kena tipu #Terengganu #Mohd Rozaime Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Politik Pas tetap mahu terajui PN – Takiyuddin 1 minute ago Malaysia Dua beranak cemas sambut Tahun Baharu Cina, rumah terbakar 19 minutes ago Politik Pengerusi PN baharu ditentukan Ahad ini – Takiyuddin 38 minutes ago Malaysia Kontraktor rugi lebih RM100,000 tawaran tender palsu 1 hour ago Politik Rehatkan sementara Ketua Pesuruhjaya SPRM sehingga siasatan selesai – Akmal Saleh 1 hour ago Malaysia Kerajaan terpaksa tegas pertahan perpaduan, tolak rasisme – PM 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *