KPT tidak akan berkompromi dengan perlakuan tidak beradab pelajar – Zambry | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Daftar pemilih tambahan Januari 2026 dibuka untuk semakan – SPR Malaysia Polis lengkapkan kertas siasatan kes pelajar hina agama Advertisement Malaysia KPT tidak akan berkompromi dengan perlakuan tidak beradab pelajar – Zambry Bernama 27/02/2026 | 23:28 MYT Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata pihaknya memandang serius sebarang tindakan sedemikian dan tindakan tegas akan diambil terhadap individu terlibat selaras dengan undang-undang serta peraturan institusi pengajian tinggi. NILAI: Kementerian Pendidikan Tinggi tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak khususnya pelajar yang melakukan perkara tidak beradab termasuk menghina Islam atau agama lain di Malaysia.Menteri berkenaan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata pihaknya memandang serius sebarang tindakan sedemikian dan tindakan tegas akan diambil terhadap individu terlibat selaras dengan undang-undang serta peraturan institusi pengajian tinggi.Advertisement “Itu soal prinsip, kita tidak akan berkompromi dengan tindakan seperti itu yang tidak beradab sama sekali, menghina agama apatah lagi perbuatan memijak al-Quran dan sebagainya… kita bukanlah nak memanaskan isu tetapi prinsip asas itu kena tahu. “Pada masa yang sama, kita harus serahkan langkah atau tindakan seterusnya kepada pihak berkuasa… sekarang, dia (pelajar) berada dalam tahanan polis dan mereka akan maklumkan tindakan seterusnya,” kata beliau kepada pemberita selepas Kembara Ramadan dan Iftar Perdana Universiti Sains Islam Malaysia di sini hari ini.Baru-baru ini, seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki menghina Islam di media sosial dan sebelum itu, tular gambar kaki seorang lelaki dewasa memijak al-Quran serta tangkap layar hantaran individu yang didakwa penuntut universiti berkenaan.Dalam pada itu, Zambry berkata setiap individu termasuk pelajar perlu memahami batas sensitiviti dan memelihara keharmonian yang telah sekian lama terbina.“Institusi pengajian tinggi bukan milik mana-mana kaum atau kelompok tertentu… ia adalah ruang bersama yang menghimpunkan pelajar daripada pelbagai latar belakang“… justeru, nilai saling menghormati itu mesti sentiasa dipupuk dan diamalkan,” katanya.Beliau juga berkata sebarang tindakan yang mencetuskan provokasi atau menyinggung perasaan pihak lain bukan sahaja boleh mengundang kontroversi malah berpotensi menjejaskan perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara ini.– BERNAMA Topic Berkaitan #KPT #tidak kompromi #Zambry Abdul Kadir #Hina Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 2 hours ago Malaysia Daftar pemilih tambahan Januari 2026 dibuka untuk semakan – SPR 2 hours ago Malaysia Polis lengkapkan kertas siasatan kes pelajar hina agama 2 hours ago Malaysia HAWANA 2026 pilih Pulau Pinang sebagai tuan rumah – Fahmi 2 hours ago Malaysia KPT tidak akan berkompromi dengan perlakuan tidak beradab pelajar – Zambry 2 hours ago Malaysia APM Terengganu kendali 1,700 kes ular dalam tempoh hampir dua bulan 3 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
KPT tidak akan berkompromi dengan perlakuan tidak beradab pelajar – Zambry
