Langkah pencegahan antibuli lebih ketat diperlukan – NGO | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Daftar pemilih tambahan Januari 2026 dibuka untuk semakan – SPR Malaysia Polis lengkapkan kertas siasatan kes pelajar hina agama Advertisement Malaysia Langkah pencegahan antibuli lebih ketat diperlukan – NGO Bernama 27/02/2026 | 19:56 MYT Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye berkata matlamat penghapusan sepenuhnya kekal kritikal walaupun kes menurun daripada 7,681 pada 2024 kepada 2,889 pada 2025. – Gambar fail Kementerian Pendidikan (KPM) perlu berusaha mencapai sasaran ‘sifar buli’ menerusi pelaporan yang telus dan langkah pencegahan lebih ketat.Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye berkata matlamat penghapusan sepenuhnya kekal kritikal walaupun kes menurun daripada 7,681 pada 2024 kepada 2,889 pada 2025.Advertisement Lee berkata pentadbiran sekolah mesti menghentikan perbuatan menyembunyikan insiden buli bagi melindungi reputasi mereka, sambil menegaskan kegagalan melaporkan kes menghalang pihak berkuasa memahami tahap sebenar keseriusan isu itu.”Adalah penting supaya sekolah tidak menyembunyikan kes buli. Saya dimaklumkan terdapat sekolah yang mengalami insiden ini tetapi gagal melaporkannya kerana bimbang terhadap kesan kepada nama baik dan reputasi sekolah.”Sikap ini adalah salah, setiap kes mesti dilaporkan supaya pentadbiran memahami tahap keseriusan isu ini,” katanya kepada Bernama.Beliau berkata strategi pencegahan yang kukuh bagi membanteras buli di sekolah, dengan gabungan pemantauan, sokongan profesional dan keberanian pelajar adalah penting untuk mencapai persekitaran pembelajaran yang lebih selamat.Ini termasuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan strategik, penambahan bilangan kaunselor terlatih dan penguatkuasaan tindakan disiplin yang tegas mengikut garis panduan KPM serta pelantikan warden untuk menjalankan rondaan lebih kerap, khususnya di sekolah berasrama penuh.Lee turut mencadangkan supaya murid tidak kekal sebagai pemerhati yang berdiam diri, sebaliknya mempunyai keberanian untuk tampil sebagai saksi bagi membantu siasatan terhadap sebarang perbuatan keganasan di dalam bilik darjah.”Pelajar mesti melaporkan kepada guru atau guru disiplin. Mereka perlu memandang serius isu ini kerana buli adalah satu bentuk keganasan yang tidak sepatutnya dibenarkan dalam persekitaran pendidikan,” katanya.Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa dalam Pendidikan Melaka (Magpie) Mak Chee Kin menyifatkan pengurangan kes sebagai sesuatu yang menggalakkan kerana ia mungkin mencerminkan kesan positif garis panduan yang lebih ketat, pengawasan yang dipertingkat dan kesedaran yang lebih tinggi di sekolah.Beliau bagaimanapun berkata data setahun adalah tidak mencukupi untuk mengesahkan trend penurunan yang berterusan dan memberi amaran kemungkinan pelaporan yang tidak lengkap susulan kebimbangan terhadap reputasi sekolah tidak boleh diketepikan.”Walaupun pengurangan itu boleh menunjukkan penambahbaikan yang tulen, kemungkinan pelaporan yang tidak lengkap tidak harus diabaikan. Ketakutan, stigma atau kebimbangan terhadap reputasi sekolah mungkin menjejaskan pelaporan.”Kami memerlukan mekanisme yang telus seperti saluran pelaporan tanpa nama, audit berkala dan tinjauan iklim sekolah secara tetap adalah penting untuk memastikan ketepatan data,” katanya.Mak berkata walaupun langkah berstruktur seperti audit keselamatan dan penambahan warden asrama adalah kukuh, buli kekal sebagai isu budaya dan tingkah laku.”Kejayaan jangka panjang akan bergantung pada pendidikan pencegahan, pembelajaran sosial-emosi dan kerjasama kukuh antara sekolah dan ibu bapa. Kemajuan yang berterusan memerlukan pendekatan seluruh sekolah dan seluruh komuniti,” katanya.– BERNAMA Topic Berkaitan #Kementerian Pendidikan KPM #AntiBuli #langkah pencegahan #Lee Lam Thye Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 2 hours ago Malaysia Daftar pemilih tambahan Januari 2026 dibuka untuk semakan – SPR 2 hours ago Malaysia Polis lengkapkan kertas siasatan kes pelajar hina agama 2 hours ago Malaysia HAWANA 2026 pilih Pulau Pinang sebagai tuan rumah – Fahmi 3 hours ago Malaysia KPT tidak akan berkompromi dengan perlakuan tidak beradab pelajar – Zambry 3 hours ago Malaysia APM Terengganu kendali 1,700 kes ular dalam tempoh hampir dua bulan 3 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Langkah pencegahan antibuli lebih ketat diperlukan – NGO
