Lebih 700 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak pindah ke PPS | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Google perkenal pengesahan bagi iklan perkhidmatan kewangan di Malaysia mulai 14 April 2026 Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Politik Wanita UMNO wujudkan jawatankuasa khas teliti pelaksanaan Rumah Bangsa Advertisement Malaysia Lebih 700 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak pindah ke PPS Bernama 10/03/2026 | 23:15 MYT Di Sabah,445 orang daripada 143 keluarga dipindahkan ke PPS di daerah Kota Marudu dan Paitan setakat 8 malam. – Gambar fail KUALA LUMPUR: Sebanyak 774 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak malam ini akibat banjir susulan hujan lebat sejak pagi tadi. Di SABAH, 445 orang daripada 143 keluarga dipindahkan ke PPS di daerah Kota Marudu dan Paitan setakat 8 malam.Advertisement Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam kenyataan memaklumkan Kota Marudu merekodkan mangsa paling ramai, iaitu 398 orang daripada 132 keluarga di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek 2 yang dibuka petang tadi.Selain itu, PPS turut dibuka di SMK Tandek petang tadi, dengan proses pemindahan dan pendaftaran mangsa masih dilakukan malam ini. “Pasukan penyelamat mula menggerakkan aset dan logistik awal pagi tadi selepas hujan lebat berterusan menjejaskan beberapa kawasan antaranya Kampung Beliajung, Kampung Asin-Asin dan Kampung Mosolog,” menurut kenyataan itu.Sementara itu di Paitan, sebanyak 47 orang daripada 11 keluarga dari Kampung Batangon Darat dipindahkan ke PPS Pusat Komuniti Masyarakat Kampung Batangon Darat yang dibuka sejak pagi tadi.Situasi banjir di daerah Pitas pula masih dikemas kini.Di SARAWAK, jumlah mangsa di dua PPS meningkat kepada 329 orang daripada 92 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 38 mangsa daripada tujuh keluarga petang tadi.Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak memaklumkan PPS Dewan R-Piang menempatkan 116 orang daripada 24 keluarga dari kawasan Kampung Sinar Budi Baru.“PPS Dewan Masyarakat Stapok menempatkan sebanyak 213 orang daripada 68 keluarga dari kawasan Kampung Desa Ria,” menurut jawatankuasa itu.Beberapa kawasan di bandar raya Kuching juga mula dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan sejak pagi tadi.– BERNAMA Topic Berkaitan #Banjir #mangsa #PPS #Kota Marudu #PAITAN #Stapok # Dewan R-Piang Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Google perkenal pengesahan bagi iklan perkhidmatan kewangan di Malaysia mulai 14 April 2026 1 hour ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 1 hour ago Politik Wanita UMNO wujudkan jawatankuasa khas teliti pelaksanaan Rumah Bangsa 1 hour ago Dunia Hampir 700,000 penduduk Lubnan hilang tempat tinggal dalam tempoh lebih seminggu – UNHCR 1 hour ago Malaysia Lebih 700 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak pindah ke PPS 2 hours ago Malaysia Kerajaan kekalkan dasar sedia ada, teliti kesan konflik geopolitik terhadap ekonomi 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Lebih 700 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak pindah ke PPS
