Lelaki maut rempuh polis trafik di lorong kecemasan

Lelaki maut rempuh polis trafik di lorong kecemasan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Azhan Rani titip doa buat Amyza Aznan: “Di sebalik gurau, gelak kau…” Malaysia Mangsa banjir di Sabah kekal 5,017 orang setakat 8 pagi ini Malaysia Lelaki maut rempuh polis trafik di lorong kecemasan Advertisement Malaysia Lelaki maut rempuh polis trafik di lorong kecemasan Sinar Harian 24/02/2026 | 08:30 MYT Tangkap layar video tular menunjukkan seorang anggota polis trafik dan mangsa terbaring atas jalan raya selepas kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan, Tangkak. – Foto Sinar Harian TANGKAK: Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh seorang polis trafik yang sedang menjalankan pemeriksaan ke atas pemandu di lorong kecemasan di kilometer 107.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di sini semalam.Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, maklumat berkenaan kejadian diterima pada jam 2.07 petang.Advertisement “Kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal tersebut telah terlanggar seorang pegawai polis yang sedang membuat pemeriksaan ke atas seorang lelaki di lorong kecemasan.”Pegawai polis berkenaan dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak,” katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, kemalangan tersebut menyebabkan pegawai polis dan penunggang terbabit mengalami kecederaan sebelum dikejarkan ke Hospital Jasin, Melaka untuk mendapatkan rawatan.”Penunggang motosikal iaitu seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun yang menunggang motosikal Suzuki DL650XA meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Jasin.”Kemalangan tersebut katanya, hanya melibatkan motosikal mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujarnya.Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Zamil Azwa Amir Azwa 019-3058346 bagi membantu siasatan. – Sinar Harian  Topic Berkaitan #Lebuhraya Utara Selatan #penunggang motosikal maut #motosikal rempuh polis trafik #Tangkak Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Azhan Rani titip doa buat Amyza Aznan: “Di sebalik gurau, gelak kau…” 8 minutes ago Malaysia Mangsa banjir di Sabah kekal 5,017 orang setakat 8 pagi ini 23 minutes ago Malaysia Lelaki maut rempuh polis trafik di lorong kecemasan 38 minutes ago Sukan Sesko muncul wira Manchester United benam Everton 52 minutes ago Malaysia Op Bersepadu Khazanah: Kilang perabot tanpa lesen diserbu, rampasan lebih RM700,000 1 hour ago Dunia Australia sokong usaha gugurkan Andrew daripada senarai pewaris takhta diraja Britain 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *