Lima huffaz UPSI jadi imam di tiga negara sepanjang Ramadan

Lima huffaz UPSI jadi imam di tiga negara sepanjang Ramadan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Pek bantuan makanan beri ‘nafas’ kepada pelarian Palestin di bulan Ramadan Dunia KHOM Malaysia raikan anak-anak yatim Palestin di Beirut Malaysia Lima huffaz UPSI jadi imam di tiga negara sepanjang Ramadan Advertisement Malaysia Lima huffaz UPSI jadi imam di tiga negara sepanjang Ramadan Sinar Harian 25/02/2026 | 08:30 MYT Pengiring Prof Madya Dr Norhisham Mohamad (kanan) dan wakil pelajar, Adib Farhan bersama tokoh akademik Pengajian Islam di Oxford Centre for Islamic Studies, Datuk Dr Afifi al-Akiti (tengah). – Foto Sinar Harian TANJUNG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus mengharumkan nama negara apabila lima pelajarnya terpilih menjadi imam sempena Program Qari in Residence sepanjang Ramadan tahun ini di United Kingdom, Australia dan Singapura.Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, pemilihan wakil universiti itu di institusi Islam luar negara sepanjang bulan Ramadan membuktikan keupayaan UPSI melahirkan graduan serta warga institusi yang mendapat pengiktirafan global terhadap kualiti pendidikan tahfiznya.Advertisement Menurutnya, pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahfiz al-Quran dan Qiraat dengan Pendidikan dari Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Adib Farhan Baharudin, terpilih menjadi imam di Oxford Centre for Islamic Studies, United Kingdom.”Saya berasa terharu apabila pelajar UPSI diberi peluang berkhidmat sebagai imam di institusi berprestij luar negara.”Ini satu penghormatan luar biasa dan peluang untuk memantapkan lagi keperibadian sebagai pelajar tahfiz,” katanya dalam satu kenyataan semalam.Md Amin berkata, program yang berlangsung dari 16 Februari hingga 21 Mac itu bukan sahaja membanggakan UPSI, malah memperlihatkan potensi besar institusi pendidikan tempatan dalam menyumbang kepada pembangunan ilmu al-Quran di peringkat global.Menurutnya, selain Adib Farhan, Ahmad Al Mustafa Mohd Azmi turut berkhidmat sebagai imam di Malaysian Hall Perth, Australia.Sementara itu, Wan Muhammad Irsyad Wan Zulkifli dan Muhd Farhan Hakimi Khairul Aizam masing-masing berkhidmat di Masjid al-Ghufran, Singapura.Turut diberi kepercayaan ialah Guru Tahfiz merangkap Penasihat Persatuan Tahfiz UPSI, Ah-Luqman Al-Hakim Che’ Zahari dari Institut Penyelidikan dan Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami FSK yang berkhidmat sebagai imam di Masjid Dar al-Iman dan Malaysian Hall Sydney, Australia.Md Amin berkata, penglibatan pelajar dan pegawai UPSI di luar negara membuka ruang untuk mereka memperkukuh kemahiran kepimpinan, komunikasi serta kefahaman budaya masyarakat Islam antarabangsa.“Ia selari dengan aspirasi universiti untuk melahirkan modal insan holistik yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mampu menjadi duta ilmu, sahsiah dan nilai Islam,” ujarnya.Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan UPSI kini dalam proses pembinaan Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (i-Furqan) yang bakal menjadi pusat kajian berkaitan isu pendidikan tahfiz di negara ini.Institut yang sedang dibangunkan di atas tapak seluas 7.2 hektar di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City itu akan menggunakan kurikulum yang mengintegrasikan sistem pondok dan sistem pendidikan arus perdana.Sementara itu, Pengarah i-Furqan, Prof Dr Abd Rahman Abd Ghani berkata, Program Qari in Residence merupakan platform strategik dalam mengetengahkan bakat serta kepakaran pelajar tahfiz UPSI di pentas global.Menurut beliau, pemilihan wakil UPSI dibuat melalui proses saringan rapi melibatkan penilaian aspek hafazan, penguasaan qiraat, pencapaian akademik serta keperibadian calon.”Program ini memberi ruang kepada peserta untuk mempraktikkan ilmu qiraat, tajwid dan pengurusan ibadah dalam konteks sebenar di luar negara, sekali gus memperkukuh keyakinan diri serta profesionalisme sebagai imam dan pendidik al-Quran.”Kita berharap pengalaman ini akan memberi nilai tambah signifikan kepada pembangunan sahsiah dan kerjaya mereka pada masa hadapan,” katanya. – Sinar Harian  Topic Berkaitan #UPSI #United Kingdom #Qari in Residence #huffaz UPSI jadi imam luar negara Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia Pek bantuan makanan beri ‘nafas’ kepada pelarian Palestin di bulan Ramadan few seconds ago Dunia KHOM Malaysia raikan anak-anak yatim Palestin di Beirut 15 minutes ago Malaysia Lima huffaz UPSI jadi imam di tiga negara sepanjang Ramadan 30 minutes ago Dunia Kanada panggil pasukan keselamatan OpenAI susulan insiden tembakan rambang di sekolah 45 minutes ago Malaysia Tujuh kawasan di Semenanjung alami cuaca panas sekurang-kurangnya tiga hari 1 hour ago Malaysia Masyarakat digesa jalani saringan awal tibi, tingkatkan imuniti 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *