Loke gesa tindakan segera isu banjir kilat PLUS

Loke gesa tindakan segera isu banjir kilat PLUS | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Polis siasat video tular MPV ambil bungkusan di restoran mamak Sukan Apa seterusnya untuk FAM selepas keputusan CAS dalam isu pemalsuan dokumen? Dunia WHO henti operasi di hab logistik utama Dubai kerana ancaman keselamatan Advertisement Malaysia Loke gesa tindakan segera isu banjir kilat PLUS Bernama 06/03/2026 | 21:45 MYT Loke ketika ditemui pengamal media pada Majlis Perjumpaan bersama Pemimpin Masyarakat dan Majlis Berbuka Puasa di Dewan Komuniti Coral Height Sikamat hari ini. – Gambar Bernama SEREMBAN: Banjir kilat luar biasa berlaku di Kilometer (KM) 287 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Nilai semalam sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas, sekali gus menuntut pelan kontingensi serta kajian menyeluruh.Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata situasi itu memerlukan tindakan segera daripada pengendali lebuh raya bagi memastikan infrastruktur mampu menampung perubahan cuaca serta pembangunan di sekitarnya.Advertisement “Saya percaya Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan PLUS sudah tentu mengambil langkah susulan. Memang terdapat projek baharu di sepanjang lebuh raya yang sedang diterokai dan dibangunkan.“Jika itu menjadi punca berlakunya banjir kilat, pihak pemaju dan kontraktor perlu mengambil tanggungjawab masing-masing,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.Ahli Parlimen Seremban itu berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan berjumlah RM275,000 kepada 35 masjid dan 160 surau di bawah Parlimen Seremban serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah.Dalam pada itu, Loke berkata kejadian banjir di lebuh raya bukan sahaja menjejaskan keselesaan pengguna, malah turut membawa risiko keselamatan yang serius.Semalam, hujan lebat berterusan pada sebelah petang menyebabkan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Nilai dilanda banjir kilat sehingga air melimpah masuk ke ruang makan premis di kawasan itu.Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan air berwarna coklat mengalir deras, menenggelami sebahagian kawasan tempat makan, laluan pejalan kaki serta parkir berhampiran hentian rehat berkenaan.– BERNAMA Topic Berkaitan #BANJIR KILAT #PLUS #langkah susulan #Perubahan Cuaca Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Polis siasat video tular MPV ambil bungkusan di restoran mamak 10 minutes ago Sukan Apa seterusnya untuk FAM selepas keputusan CAS dalam isu pemalsuan dokumen? 25 minutes ago Dunia WHO henti operasi di hab logistik utama Dubai kerana ancaman keselamatan 25 minutes ago Politik PH Johor tubuh Johor hadapi PRN, PRU 40 minutes ago Bisnes BNM: Rizab antarabangsa berjumlah US$128.3 bilion setakat 27 Feb, 2026 55 minutes ago Malaysia Loke gesa tindakan segera isu banjir kilat PLUS 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *