Luqman Hakim dipanggil semula, perkuat Harimau Malaya hadapi Vietnam

Luqman Hakim dipanggil semula, perkuat Harimau Malaya hadapi Vietnam | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Malaysia Polis Kota Kinabalu rekod kerugian lebih RM11 juta akibat penipuan dalam talian Malaysia Kerajaan MADANI jamin bekalan asas mencukupi – Mustapha Sakmud Malaysia Reformasi perumahan perkukuh tadbir urus, sasar sifar projek sakit menjelang 2030 – Nga Advertisement Sukan Luqman Hakim dipanggil semula, perkuat Harimau Malaya hadapi Vietnam Bernama 19/03/2026 | 18:20 MYT Pemilihan itu membuka peluang kepada Luqman Hakim (tengah) untuk kembali menyarung jersi Harimau Malaya selepas kira-kira empat tahun. – Gambar fail/Stadium Astro KUALA LUMPUR: Penyerang Negeri Sembilan FC Luqman Hakim Shamsudin kembali disenaraikan dalam skuad kebangsaan bagi menghadapi aksi terakhir Kumpulan F pusingan Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam di Stadium Thien Truong, Nam Dinh pada 31 Mac ini.Menerusi hantaran di Facebook rasmi pasukan kebangsaan Malaysia NT hari ini, bekas pemain muda sensasi negara itu antara lima penyerang yang dipilih selain Mohamad Faisal Abdul Halim, pemain naturalisasi Paulo Josue, Muhammad Ramadhan Saifullah Usman dan Muhammad Safawi Rasid.Advertisement Pemilihan itu membuka peluang kepada Luqman Hakim untuk kembali menyarung jersi Harimau Malaya selepas kira-kira empat tahun, dengan penampilan terakhir pada aksi persahabatan menentang Singapura pada Mac 2022.Selain Luqman Hakim, ketua jurulatih kebangsaan Peter Cklamovski turut membawa masuk dua muka baharu, iaitu dua pemain pertahanan Muhammad Feroz Baharudin serta Muhammad Syahmi Safari.Skuad bimbingan Cklamovski dijadualkan memulakan kem latihan pusat bermula Isnin depan, dengan pasukan negara difahamkan akan menjalani sesi latihan sehari di sini sebelum meneruskan persiapan di Bangkok, Thailand, seterusnya berlepas ke Vietnam.Vietnam kini diambang melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2027 apabila mendahului saingan Kumpulan F dengan mengumpul 15 mata, diikuti Malaysia kedua (9 mata) manakala Laos dan Nepal masing-masing di tempat ketiga dan keempat dengan berkongsi tiga mata.Hasrat Malaysia untuk beraksi di pentas Piala Asia buat kali kedua berturut-turut secara merit tidak kesampaian selepas menerima hukuman pemotongan mata oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).Pada Selasa lepas, Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC mendapati Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melanggar Artikel 56 Kod Tatatertib dan Etika AFC kerana menurunkan pemain yang tidak layak dalam dua aksi pusingan Kelayakan Piala Asia 2027 masing-masing menentang Nepal dan Vietnam.Hukuman oleh AFC itu susulan keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) yang mengekalkan keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung kes melibatkan pelanggaran peraturan berkaitan dokumentasi pemain.– BERNAMA  Topic Berkaitan #SUKAN #bola sepak #harimau Malaya #Luqman Hakim Shamsudin Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Polis Kota Kinabalu rekod kerugian lebih RM11 juta akibat penipuan dalam talian 12 minutes ago Malaysia Kerajaan MADANI jamin bekalan asas mencukupi – Mustapha Sakmud 27 minutes ago Malaysia Reformasi perumahan perkukuh tadbir urus, sasar sifar projek sakit menjelang 2030 – Nga 42 minutes ago Malaysia Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu 1 hour ago Berita Kenaikan diesel wajar ditangguh sehingga selepas Aidilfitri – Ketua pembangkang 1 hour ago Malaysia Indeks Kebahagiaan Malaysia meningkat kepada 81 peratus – Ipsos 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *