Mahkamah Persekutuan dengar rayuan Syed Saddiq berhubung peruntukan Parlimen Muar | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia STR kepada BNM selepas 28 transaksi RM19.3 juta masuk akaun Bersatu Malaysia Beberapa kawasan di Kuching dilanda banjir, dua PPS dibuka Dunia Sistem pertahanan udara UAE pintas misil, dron Iran Advertisement Malaysia Mahkamah Persekutuan dengar rayuan Syed Saddiq berhubung peruntukan Parlimen Muar Astro AWANI 10/03/2026 | 14:41 MYT Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (foto) pada tarikh yang akan ditetapkan. -Gambar fail/Bernama KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bersama tiga individu lain berhubung permohonan untuk menghidupkan semula semakan kehakiman bagi mencabar keputusan kerajaan menghentikan peruntukan dana berjumlah RM730,300 kepada Parlimen Muar.Perkara itu susulan keputusan sebulat suara panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang membenarkan permohonan kebenaran bagi tiga persoalan undang-undang yang dibangkitkan oleh Syed Saddiq untuk didengar.Advertisement Panel berkenaan diketuai oleh Nordin Hassan dan turut dianggotai Lee Swee Seng serta Collin Lawrence Sequerah.Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati persoalan undang-undang yang dikemukakan memenuhi ambang di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman.Panel hakim turut mendengar hujahan daripada peguam Syed Saddiq iaitu Lim Wei Jiet dan Peguam Kanan Persekutuan, Nurhafizza Azizan, sebelum membenarkan permohonan tersebut.Mahkamah akan menetapkan tarikh lain bagi mendengar hujahan penuh berkaitan tiga persoalan undang-undang yang dibangkitkan dalam kes berkenaan.Terdahulu, Wei Jiet memaklumkan bahawa peruntukan sebanyak RM4 juta telah disalurkan dan diperuntukkan khusus untuk kawasan Parlimen Muar, dengan sebahagian besar dana berkenaan telah dibelanjakan.Bagaimanapun, menurutnya, peruntukan tersebut dibekukan selepas Syed Saddiq mengumumkan keluar daripada kerajaan Persekutuan.“Ini bukan keadaan di mana kerajaan Persekutuan mempunyai budi bicara untuk menentukan jumlah peruntukan bagi sesuatu kawasan Parlimen.“Peruntukan itu telah diberikan, namun ditarik balik hanya kerana kesetiaan politik pemohon pertama berubah,” katanya.Beliau turut memaklumkan dana yang telah disalurkan dan ditandakan bagi projek tertentu dalam sistem MyKHAS turut dihentikan, sekali gus memberi kesan kepada pemohon lain iaitu Najib Abu Nawar, Mohd Bakirudin Abdullah dan Muhamad Fadzly Bisri yang mewakili institusi seperti sekolah dan surau di kawasan berkenaan.Menurutnya, terdapat unsur mala fide dalam tindakan tersebut kerana Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan berkaitan prinsip kesamarataan mungkin telah dilanggar.Ini kerana Ahli Parlimen kerajaan lain menerima peruntukan tahunan RM4 juta, namun Syed Saddiq didakwa tidak menerima peruntukan itu sejak 2024.Tambah Wei Jiet, isu berkaitan perbezaan pemberian peruntukan kepada kawasan Parlimen turut melibatkan kepentingan awam dan kini menjadi perbincangan meluas.“Mahkamah Persekutuan perlu menjelaskan kedudukan undang-undang sama ada perkara ini boleh diadili atau tidak.“Jika ia tidak boleh diadili, maka pemohon pertama perlu mencari jalan lain untuk mendapatkan peruntukan tersebut,” katanya, sambil memaklumkan bahawa usaha turut dibuat melalui perbahasan di Parlimen serta perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri.Sementara itu, Nurhafizza berhujah persoalan undang-undang yang dibangkitkan oleh Syed Saddiq tidak memenuhi ambang yang ditetapkan di bawah Seksyen 96.Katanya, isu berkenaan bukan persoalan undang-undang yang penting dan tidak memberi manfaat kepada kepentingan awam, sebaliknya hanya berkaitan kes pemohon semata-mata.Namun, Wei Jiet tidak bersetuju dengan hujah tersebut.“Beliau mewakili komuniti yang besar. Bagaimana boleh dikatakan tiada manfaat kepada kepentingan awam? Ia bukan melibatkan seorang individu sahaja, tetapi kepentingan rakyat,” katanya.Menjawab perkara itu, Nurhafizza berkata isu yang dibangkitkan sebenarnya lebih bersifat dasar kerajaan.Pada Oktober lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Syed Saddiq dan tiga individu lain terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 24 Disember 2024 yang menolak kebenaran bagi permohonan semakan kehakiman berhubung keputusan kerajaan menghentikan peruntukan untuk kawasan Parlimen Muar. Topic Berkaitan #Syed Saddiq #Muar #mahkamah putrajaya #Mahkamah Persekutuan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia STR kepada BNM selepas 28 transaksi RM19.3 juta masuk akaun Bersatu 10 minutes ago Malaysia Beberapa kawasan di Kuching dilanda banjir, dua PPS dibuka 13 minutes ago Dunia Sistem pertahanan udara UAE pintas misil, dron Iran 19 minutes ago Malaysia Kerangka tadbir urus AI negara siap dalam 12 bulan – Gobind 34 minutes ago Malaysia Johor tegas tidak lulus pusat data jejaskan rakyat — MB Onn Hafiz 36 minutes ago Malaysia Isu pemain warisan: TMJ dedah ada ‘orang dalam’ FAM mahu jadikan baginda kambing hitam 51 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Mahkamah Persekutuan dengar rayuan Syed Saddiq berhubung peruntukan Parlimen Muar
