Malaysia gesa gencatan senjata diperluas merangkumi Lubnan – PM Anwar | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Serangan maut di Lubnan ragut 42 nyawa petugas perubatan Malaysia Malaysia gesa gencatan senjata diperluas merangkumi Lubnan – PM Anwar Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Advertisement Malaysia Malaysia gesa gencatan senjata diperluas merangkumi Lubnan – PM Anwar Bernama 26/03/2026 | 00:15 MYT Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Lubnan Nawaf Salam. – Foto Facebook Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa supaya pelaksanaan gencatan senjata konflik di Asia Barat diperluas merangkumi Lubnan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Anwar berkata gesaan itu disuarakan beliau dalam perbualan telefon dengan Perdana Menteri Lubnan Nawaf Salam memandangkan negara itu terjejas teruk, dengan kira-kira satu juta penduduk kehilangan tempat tinggal serta lebih 1,000 mangsa terkorban.Advertisement “Saya menegaskan sokongan Malaysia terhadap kedaulatan Lubnan, mengutuk serangan ke atas infrastruktur awam serta menyeru semua pihak untuk meredakan ketegangan dan kembali kepada dialog, di samping menyentuh situasi kemanusiaan yang semakin mendesak,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook, hari ini.Dalam perbualan itu, Perdana Menteri turut menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan sejawatnya serta menzahirkan penghargaan atas sokongan kerajaan Lubnan dalam menjaga keselamatan dan kebajikan anggota Batalion Malaysia (MALBATT) di bawah misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).“Mengakhiri perbualan, saya menzahirkan komitmen Malaysia untuk terus bekerjasama dengan Lubnan dan rakan antarabangsa dalam memulihkan keamanan dan kestabilan serantau,” kata beliau.Media melaporkan Israel telah membedil Lubnan dengan serangan udara dan melancarkan serangan darat di selatan negara itu sejak serangan rentas sempadan oleh kumpulan Hizbullah, yang disokong Iran pada 2 Mac lepas.Pihak berkuasa Lubnan menyatakan sekurang-kurangnya 1,039 orang telah terkorban, manakala 2,876 lagi cedera dalam serangan Israel setakat ini.– BERNAMA Topic Berkaitan #anwar ibrahim #GENCATAN SENJATA #Lubnan #Nawaf Salam Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Serangan maut di Lubnan ragut 42 nyawa petugas perubatan 1 hour ago Malaysia Malaysia gesa gencatan senjata diperluas merangkumi Lubnan – PM Anwar 1 hour ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 2 hours ago Malaysia Polis tahan lelaki hina Nabi Muhammad SAW di Facebook 2 hours ago Malaysia Gangguan perkhidmatan ETS, komuter Batu Caves-Pulau Sebang akibat talian terputus 2 hours ago Dunia Arab Saudi arah pemegang visa terkandas tinggalkan negara itu sebelum 18 April 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Malaysia gesa gencatan senjata diperluas merangkumi Lubnan – PM Anwar
