Malaysia lanjut lesen Lynas selama 10 tahun lagi | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia SPRM Pulau Pinang panggil 63 individu bantu siasatan salah guna kuasa, penyelewengan dana zakat Malaysia Imigresen perlu bertindak terhadap pelancong gagal patuhi tempoh tinggal ditetapkan Dunia Sekurang-kurangnya 555 terkorban di Iran akibat serangan Israel-AS Advertisement Bisnes Malaysia lanjut lesen Lynas selama 10 tahun lagi Pia Ernadya 02/03/2026 | 16:45 MYT Chang turut menegaskan bahawa tiada lagi pembinaan kemudahan pelupusan kekal (PDF) baharu akan dibenarkan pada masa hadapan.- Facebook MOSTI KUALA LUMPUR: Kerajaan melanjutkan lesen operasi syarikat perlombongan Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) selama 10 tahun bermula esok hingga 2 Mac 2036, menurut Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Chang Lih Kang.Namun begitu, kelulusan lesen operasi penuh (FOL) keenam itu tertakluk kepada syarat lebih ketat.Advertisement “Bagi residu Water Leach Purification (WLP) yang melebihi had kawalan di bawah Akta 304… selepas tempoh lima tahun pertama, hendaklah dihentikan sepenuhnya.”Residu radioaktif yang dihasilkan dalam tempoh tersebut hendaklah dineutralkan melalui pengekstrakan thorium atau kaedah rawatan yang diluluskan ke tahap kurang daripada satu becquerel per gram,” katanya dalam sidang media di Bilik Media Parlimen pada Isnin.Chang turut menegaskan bahawa tiada lagi pembinaan kemudahan pelupusan kekal (PDF) baharu akan dibenarkan pada masa hadapan.Sebelum ini, Pakatan Harapan (PH) lantang mengkritik operasi Lynas dan pernah terlibat dalam kempen menggesa penutupan kilang tersebut atas faktor keselamatan dan kesan terhadap alam sekitar.Mengulas tentang perkara itu, Chang berkata keputusan kerajaan meluluskan lesen itu bukan satu bentuk pengkhianatan terhadap kepentingan rakyat.”Ini bukan satu bentuk pengkhianatan… kita sudah berikan pendirian jelas bahawa tiada lagi PDF baharu di masa depan dan penghasilan residu WLP akan dihentikan selepas lima tahun pertama iaitu sampai 2031.”Jadi saya rasa ini adalah perkara yang bagus dan kita akan mencapai sasaran kita pada 2031. Ini adalah satu komitmen kerajaan kepada rakyat Malaysia dan juga pada masa sama kepada pelabur luar negara sekiranya mereka melakukan apa yang ada dalam syarat lesen itu, mereka boleh terus beroperasi,” jelasnya. Topic Berkaitan #Lynas #MOSTI #Chang Lih Kang #nadir bumi Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia SPRM Pulau Pinang panggil 63 individu bantu siasatan salah guna kuasa, penyelewengan dana zakat few seconds ago Malaysia Imigresen perlu bertindak terhadap pelancong gagal patuhi tempoh tinggal ditetapkan 7 minutes ago Dunia Sekurang-kurangnya 555 terkorban di Iran akibat serangan Israel-AS 11 minutes ago Bisnes BNM dijangka kekalkan OPR pada 2.75 peratus 11 minutes ago Dunia Kuwait sahkan beberapa pesawat tempur AS terhempas 23 minutes ago Malaysia LKAN: PAC akan mulakan prosiding ke atas UKM, dua lagi isu 25 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda CloseAdvertisement: No Ad Tag found LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Malaysia lanjut lesen Lynas selama 10 tahun lagi
