Menteri Luar Iran bincang perkembangan terkini serantau dengan Ketua PBB | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [TERKINI] Kuota subsidi BUDI95 diselaraskan kepada 200 liter sebulan mulai 1 April 2026 Dunia 10 tentera AS cedera dalam serangan Iran di pangkalan udara Arab Saudi Dunia PBB desak AS dedah siasatan insiden serangan sekolah Iran Dunia Tiada pembekuan harga walaupun darurat tenaga nasional diisytihar di Filipina Advertisement Dunia Menteri Luar Iran bincang perkembangan terkini serantau dengan Ketua PBB Bernama 28/03/2026 | 07:30 MYT Guterres menegaskan semula pendirian PBB mengenai keperluan menghormati kedaulatan dan integriti wilayah negara, selain menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap berterusannya peperangan dan kehilangan nyawa di rantau itu. – Gambar fail TEHRAN: Menteri Luar Iran Abbas Araghchi dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengadakan perbualan telefon lewat Khamis bagi membincangkan perkembangan terkini di rantau itu.Agensi berita Mehr melaporkan yang dalam perbualan itu, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai situasi semasa di rantau berkenaan serta implikasi keselamatan dan kemanusiaan akibat serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran.Advertisement Araghchi menegaskan tekad teguh Iran untuk meneruskan haknya untuk mempertahankan diri serta mempertahankan kedaulatan negara dan integriti wilayahnya.Merujuk kepada serangan yang disifatkan sebagai kejam oleh AS dan rejim Zionis terhadap sasaran awam di negara itu, termasuk sekolah, hospital, bangunan budaya dan bersejarah, tempat awam serta kawasan kediaman, Araghchi menekankan tanggungjawab PBB dan setiausaha agungnya untuk menangani pelanggaran serius Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang hak asasi manusia dan kemanusiaan, yang dilakukan oleh pihak penyerang.Beliau turut menggesa PBB untuk mengambil pendirian jelas dan langkah praktikal bagi melindungi keamanan dan keselamatan antarabangsa, termasuk mengutuk pihak penyerang serta memastikan mereka dipertanggungjawabkan.Sementara itu, Ketua PBB menegaskan semula pendirian organisasi itu mengenai keperluan menghormati kedaulatan dan integriti wilayah negara, selain menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap berterusannya peperangan dan kehilangan nyawa di rantau itu.– BERNAMA-MNA Topic Berkaitan #konflik Asia Barat #konflik Timur Tengah #PBB #Antonio Guterres #Abbas Araghchi Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia 10 tentera AS cedera dalam serangan Iran di pangkalan udara Arab Saudi few seconds ago Dunia PBB desak AS dedah siasatan insiden serangan sekolah Iran 15 minutes ago Dunia Tiada pembekuan harga walaupun darurat tenaga nasional diisytihar di Filipina 35 minutes ago Dunia Harga bahan api ASEAN berbeza susulan tekanan harga minyak global 56 minutes ago Dunia Australia pesan bekalan bahan api kecemasan dari AS buat pertama kali dalam beberapa dekad 1 hour ago Dunia EU tekan usaha diplomatik selesai sekatan Selat Hormuz, ketenteraan bukan pilihan – Kallas 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Menteri Luar Iran bincang perkembangan terkini serantau dengan Ketua PBB
