MMA gesa penguatkuasaan lebih tegas terhadap klinik haram di Kuala Lumpur

MMA gesa penguatkuasaan lebih tegas terhadap klinik haram di Kuala Lumpur | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia 3 ditikam di perpustakaan di Jepun, lelaki ditahan kerana percubaan membunuh Malaysia Seruan solat hajat dan doa untuk Hashim Jasin Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Advertisement Malaysia MMA gesa penguatkuasaan lebih tegas terhadap klinik haram di Kuala Lumpur Bernama 19/02/2026 | 23:04 MYT Presiden MMA Datuk Dr Thirunavukarasu Rajoo berkata keadaan itu sangat mengejutkan, khususnya apabila aktiviti berkenaan berlaku di Kuala Lumpur. – Gambar fail KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyuarakan kebimbangan serius berhubung penemuan terbaharu klinik haram yang beroperasi di ibu negara, apabila warga asing didakwa menyamar sebagai doktor dan mendispens ubat terkawal tanpa kelayakan atau pendaftaran yang sewajarnya.Presiden MMA Datuk Dr Thirunavukarasu Rajoo berkata keadaan itu sangat mengejutkan, khususnya apabila aktiviti berkenaan berlaku di Kuala Lumpur.Advertisement “Ia menimbulkan kebimbangan serius mengenai keselamatan pesakit dan pengawasan kawal selia. Amalan tidak bertanggungjawab ini membahayakan nyawa.”Pesakit berisiko menerima salah diagnosis, rawatan yang tidak sesuai, komplikasi akibat prosedur tidak selamat serta terdedah kepada ubat tiruan atau ubat yang didispens secara tidak wajar. Amalan perubatan di Malaysia dikawal selia secara ketat bagi melindungi orang awam dan hanya doktor yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia serta memegang Perakuan Amalan Tahunan yang sah dibenarkan secara sah untuk beroperasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.Dr Thirunavukarasu menggesa pihak berkuasa mempergiat usaha pemantauan dan penguatkuasaan bagi menghentikan operasi penjagaan kesihatan haram, dengan menyatakan kes berulang walaupun selepas serbuan sebelum ini menunjukkan terdapat jurang dalam penguatkuasaan berterusan.Beliau berkata aktiviti penguatkuasaan perlu diperkukuh secara strategik, khususnya di kawasan yang mempunyai kepadatan tinggi pekerja migran, memandangkan komuniti rentan sering menjadi sasaran.”Ini bukan mengenai mana-mana kumpulan tertentu, sebaliknya tentang melindungi individu yang mungkin diambil kesempatan akibat kekangan seperti kos, bahasa atau kekurangan kesedaran mengenai sistem penjagaan kesihatan.”Setiap individu di Malaysia tanpa mengira kewarganegaraan berhak mendapat rawatan perubatan yang selamat, beretika dan sah di sisi undang-undang. Kerjasama tegas antara agensi, pemeriksaan berkala serta hukuman yang tegas adalah perlu bagi membendung aktiviti berbahaya seperti ini,” katanya.Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mendapatkan rawatan hanya daripada pengamal berdaftar serta kemudahan penjagaan kesihatan yang berlesen.Terdahulu, media melaporkan Jabatan Imigresen menyerbu sembilan klinik haram yang beroperasi di Jalan Tun Tan Siew Sin di sini minggu lepas, dengan sebahagiannya kembali beroperasi selepas tindakan penguatkuasaan terdahulu.Premis yang tersembunyi di sebalik kedai runcit itu didapati menjual ubat terkawal yang dipercayai diseludup masuk termasuk antidepresan, antibiotik dan ubat bagi penyakit kronik.Menurut laporan itu, sebanyak 18 lelaki (17 warga Bangladesh dan seorang warga Myanmar) ditahan atas kesalahan imigresen yang didakwa termasuk penyalahgunaan permit kerja dan tidak memiliki dokumen sah manakala Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan di bawah Akta Jualan Dadah.– BERNAMA  Topic Berkaitan #Persatuan Perubatan Malaysia #MMA #klinik haram #Kuala Lumpur Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia 3 ditikam di perpustakaan di Jepun, lelaki ditahan kerana percubaan membunuh 7 minutes ago Malaysia Seruan solat hajat dan doa untuk Hashim Jasin 24 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 35 minutes ago Dunia Gempa bumi bermagnitud 5.2 gegarkan wilayah Puerto Rico – GFZ 41 minutes ago Malaysia MMA gesa penguatkuasaan lebih tegas terhadap klinik haram di Kuala Lumpur 1 hour ago Malaysia Harga, kebersihan dan kualiti makanan jadi pilihan pengunjung bazar Ramadan 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *