MRT Corp akan laksanakan pemeriksaan awam lanjutan jajaran MRT Laluan Mutiara | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik Esok penentu siapa Pengerusi PN baharu Politik Hamzah masih Ketua Pembangkang? Sidang Parlimen Isnin bakal curi tumpuan Malaysia Polis buru tiga suspek tipu, pukau pesara kerajaan Advertisement Malaysia MRT Corp akan laksanakan pemeriksaan awam lanjutan jajaran MRT Laluan Mutiara Bernama 21/02/2026 | 16:00 MYT Pemeriksaan Awam itu memberi peluang kepada orang awam untuk meneliti dan memberikan maklum balas terhadap lanjutan jajaran, lokasi stesen, serta butiran projek yang berkaitan. – Gambar fail/Bernama GEORGE TOWN: Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) akan melaksanakan sesi Pemeriksaan Awam untuk mendapatkan maklum balas terhadap Pindaan Skim Kereta Api bagi Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang yang menghubungkan bahagian pulau dan Seberang Perai.MRT Corp dalam satu kenyataan berkata Pemeriksaan Awam selama tiga bulan itu yang bermula dari 24 Feb hingga 24 Mei 2026, memberi peluang kepada orang awam untuk meneliti dan memberikan maklum balas terhadap lanjutan jajaran, lokasi stesen, serta butiran projek yang berkaitan.Advertisement “Pindaan Skim Kereta Api itu merangkumi beberapa penambahbaikan terhadap skop projek, terutamanya lanjutan jajaran rel merentasi laut yang menghubungkan bahagian pulau dan tanah besar Seberang Perai.“Jajaran rentas laut kira-kira enam kilometer itu akan menghubungkan KOMTAR dan Penang Sentral, dengan anggaran masa perjalanan sekitar lapan minit,” menurut kenyataan itu.MRT Corp berkata Penang Sentral akan dibangunkan sebagai stesen utama di Seberang Perai serta hab pengangkutan multimodal yang mengintegrasikan perkhidmatan feri, rel KTMB dan bas sedia ada. “Skim yang dipinda itu turut memperuntukkan kira-kira 1,000 petak parkir tambahan di Penang Sentral.“Menerusi hab ini, penumpang akan menikmati kesalinghubungan terus ke destinasi utama seperti KOMTAR, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang,” menurut kenyataan itu.Susulan penstrukturan semula pembangunan Penang South Reclamation (PSR) daripada tiga pulau kepada satu pulau, skim yang dipinda ini turut melibatkan penyelarasan semula terhadap jajaran asal yang menggugurkan Jajaran di PSR sepanjang 3.15 kilometer serta tiga stesen. Bagaimanapaun, MRT Corp masih mengekalkan jajaran sepanjang 1.5 kilometer di pulau PSR, manakala Stesen A1 (PSR-A) diklasifikasikan semula sebagai stesen provisional bagi menyokong pembangunan masa depan. Pindaan lain termasuk penambahan stesen di Penang Sentral dan Bagan Luar (provisional), serta pembinaan depoh sekunder untuk simpanan kereta api di Tapak Pesta Sungai Dua.LRT Laluan Mutiara, yang memulakan pembinaan pada 2025 dan dijangka memulakan operasi pada Disember 2031, akan merangkumi sepanjang kira-kira 29.67 kilometer dengan 20 stesen dan dua stesen sementara.Sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Pemeriksaan Awam itu MRT Corp akan membuka reruai di beberapa lokasi utama sekitar Pulau Pinang termasuk KOMTAR, Penang Sentral dan Stesen KTM Butterworth. Jadual penuh serta senarai lokasi boleh dirujuk di www.mymrt.com.my.– BERNAMA Topic Berkaitan #LRT Laluan Mutiara #pulau pinang #MRT Corp #Pemeriksaan Awam Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Politik Esok penentu siapa Pengerusi PN baharu 2 minutes ago Politik Hamzah masih Ketua Pembangkang? Sidang Parlimen Isnin bakal curi tumpuan 7 minutes ago Malaysia Polis buru tiga suspek tipu, pukau pesara kerajaan 22 minutes ago Malaysia Banjir Sabah: Warga emas, pesakit dan wanita hamil antara diselamatkan 44 minutes ago Malaysia Kematian Truper Indiran: Tiada unsur penderaan, jangan politikkan isu – Mohamed Khaled 45 minutes ago Dunia Dua lagi pemain ski maut dalam insiden berasingan di Tasik Tahoe 57 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
MRT Corp akan laksanakan pemeriksaan awam lanjutan jajaran MRT Laluan Mutiara
