Murid 12 tahun berjaya selamatkan rakan hampir lemas

Murid 12 tahun berjaya selamatkan rakan hampir lemas | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Murid 12 tahun berjaya selamatkan rakan hampir lemas Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia KTMB tawar 20 peratus diskaun ETS sempena Tahun Baharu Cina, Ramadan Advertisement Malaysia Murid 12 tahun berjaya selamatkan rakan hampir lemas BERNAMA 15/02/2026 | 00:10 MYT Faris Danish berkata selepas melakukan CPR, dia terus menghubungi ayahnya supaya datang segera ke lokasi kejadian.- Gambar Facebook Zulfadli Mohd Yusoff ALOR SETAR: Tindakan pantas dan berani seorang kanak-kanak lelaki berjaya menyelamatkan rakannya yang berusia 10 tahun daripada lemas dalam kejadian di Pantai Pasir Hitam, Langkawi, hari ini.Faris Danish Zulfadli, 12, berkata semasa kejadian, dia bersama dua lagi rakannya baru sahaja selesai menjalani latihan merentas desa, sebelum mereka ke kawasan pantai berkenaan untuk berehat.Advertisement “Tiba-tiba, seorang rakan yang sedang bermain di kawasan batu jatuh ke dalam laut, mungkin tergelincir. Saya ingat dia pandai berenang, jadi saya duduk sahaja di tepi pantai bersama seorang lagi rakan, tetapi selepas menunggu beberapa minit dia masih belum naik.“Pada mulanya, saya berfikir sama ada hendak selamatkan dia atau tidak kerana bimbang saya juga akan turut lemas, tetapi saya tidak mahu tinggalkannya. Jadi, saya terus terjun ke dalam air dan tarik dia naik ke darat sebelum melakukan bantuan pernafasan (CPR),” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.Faris Danish yang juga atlet pelayaran dan Ketua Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Sekolah Kebangsaan (SK) Penghulu Ahmad, Langkawi berkata selepas melakukan CPR, dia terus menghubungi ayahnya supaya datang segera ke lokasi kejadian.“Selepas itu, ayah ada minta tolong seorang pelancong luar negara untuk menggendong rakan saya secara terbalik bagi membolehkan air keluar. Waktu itu dia mula sedar, selepas ambulans sampai, dia terus dibawa ke hospital untuk diberi rawatan lanjut.“Saya bersyukur kerana berjaya menyelamatkan rakan. Semua ilmu dan pengalaman berkaitan sukan pelayaran, aktiviti berenang dan CPR yang dipelajari sebelum ini memang sangat membantu,” katanya.Sementara itu, ayahnya, Zulfadli Mohd Yusoff, 41, yang bekerja sendiri berkata semasa anak sulung daripada dua beradik itu menghubunginya, dia berpesan kepada anaknya supaya tidak turun ke laut kerana bimbang dengan keselamatannya.“Saya memang sudah dedahkan Faris Danish dengan aktiviti air sejak berusia 11 bulan lagi tapi ini kali pertama berdepan situasi seperti ini, jadi memang bimbang tetapi syukur, dia dan rakannya selamat dan sebagai seorang ayah memang saya sangat bangga dengan keberaniannya,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Khairul Azhar Nuruddin yang dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan mangsa yang berusia 10 tahun sebelum itu dirawat di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk rawatan lanjut.– BERNAMA Topic Berkaitan #lemas #Kanak-kanak #anak sulung #rawatan lanjut Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Murid 12 tahun berjaya selamatkan rakan hampir lemas 5 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 17 minutes ago Malaysia KTMB tawar 20 peratus diskaun ETS sempena Tahun Baharu Cina, Ramadan 36 minutes ago Malaysia SPRM tekankan kemahiran kendali senjata api hadapi operasi berisiko tinggi 1 hour ago Malaysia Eksesais Desert Tiger perkukuh kerjasama pertahanan Malaysia-UAE 3 hours ago Malaysia Ambil kesempatan tingkat martabat diri sepanjang Ramadan – PM Anwar 3 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *