NGO KHOM Malaysia selamat tiba di Istanbul | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia SPRM Pulau Pinang panggil 63 individu bantu siasatan salah guna kuasa, penyelewengan dana zakat Malaysia Imigresen perlu bertindak terhadap pelancong gagal patuhi tempoh tinggal ditetapkan Dunia Sekurang-kurangnya 555 terkorban di Iran akibat serangan Israel-AS Advertisement Dunia NGO KHOM Malaysia selamat tiba di Istanbul Seth Akmal 02/03/2026 | 17:00 MYT Kumpulan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rafic Hariri, Beirut pada jam 7.30 petang semalam (waktu tempatan) susulan serangan rejim Israel di ibu kota Lubnan itu. ISTANBUL: Sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO), Karisma Humanitarian Outreach Mission (KHOM) Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul, Turkiye hari ini selepas terkandas akibat pergolakan di Asia Barat.Kumpulan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rafic Hariri, Beirut pada jam 7.30 pagi (waktu tempatan) susulan serangan rejim Israel di ibu kota Lubnan itu.Advertisement Pengerusi Misi KHOM Malaysia, Nik Marina Hussin menzahirkan rasa syukur kerana berjaya keluar dari zon merah sebelum keadaan keselamatan di Beirut semakin meruncing.“Syukur, berkat doa ahli keluarga, rakyat Malaysia dan para penderma, kami akhirnya selamat keluar dari Beirut.”Fokus utama kami sekarang adalah untuk memastikan semua sukarelawan dapat pulang ke tanah air dengan segera,” kata Nik Marina.Beliau turut memaklumkan walaupun Istanbul merupakan zon selamat, pihaknya tetap berwaspada memandangkan situasi geopolitik di beberapa negara jiran masih tidak menentu akibat konflik berterusan.Terdahulu, delegasi KHOM Malaysia dijadual pulang ke Kuala Lumpur dari Damsyik, Syria pada 28 Februari lalu, namun penerbangan tersebut dibatalkan susulan penutupan ruang udara serantau selepas serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran.Susulan itu, pasukan misi mengambil keputusan menggunakan laluan darat ke Beirut pada 1 Mac bagi mendapatkan penerbangan alternatif ke Istanbul yang masih beroperasi ketika itu.Sepanjang 21 hingga 27 Februari, KHOM Malaysia berada di rantau berkenaan bagi melaksanakan ‘Misi Talian Hayat Musim Sejuk’ bagi menyalurkan bantuan kepada pelarian Palestin di Beirut serta pelarian dalam negara (IDP) di Syria. Topic Berkaitan #KHOM MALAYSIA #MISI KEMANUSIAAN #Istanbul #Beirut #Asia Barat #serangan Israel #pelarian Palestin #Syria Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia SPRM Pulau Pinang panggil 63 individu bantu siasatan salah guna kuasa, penyelewengan dana zakat few seconds ago Malaysia Imigresen perlu bertindak terhadap pelancong gagal patuhi tempoh tinggal ditetapkan 7 minutes ago Dunia Sekurang-kurangnya 555 terkorban di Iran akibat serangan Israel-AS 11 minutes ago Bisnes BNM dijangka kekalkan OPR pada 2.75 peratus 11 minutes ago Dunia Kuwait sahkan beberapa pesawat tempur AS terhempas 23 minutes ago Malaysia LKAN: PAC akan mulakan prosiding ke atas UKM, dua lagi isu 26 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda CloseAdvertisement: No Ad Tag found LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
NGO KHOM Malaysia selamat tiba di Istanbul
