Noh Omar umum letak jawatan ahli MPT Bersatu | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Murid 12 tahun berjaya selamatkan rakan hampir lemas Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia KTMB tawar 20 peratus diskaun ETS sempena Tahun Baharu Cina, Ramadan Advertisement Politik Noh Omar umum letak jawatan ahli MPT Bersatu Sinar Harian 14/02/2026 | 19:42 MYT Noh berkata, pendirian itu dibuat susulan kecewa dengan tindakan Lembaga Disiplin yang didakwa tidak menghormati keputusan mesyuarat MPT Bersatu yang berlangsung pada 12 Januari lalu. KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Noh Omar mengumumkan peletakkan jawatan beliau berkuat kuasa serta merta pada Sabtu.Noh berkata, pendirian itu dibuat susulan kecewa dengan tindakan Lembaga Disiplin yang didakwa tidak menghormati keputusan mesyuarat MPT Bersatu yang berlangsung pada 12 Januari lalu.Advertisement Ujar beliau, mesyuarat berkenaan diadakan bagi membincangkan mengenai penangguhan semua tindakan disiplin ke atas ahli Bersatu.“MPT telah pun buat keputusan bahawa semua tindakan disiplin hendak ditangguhkan, jadi persoalannya mengapa Lembaga Disiplin terus mengambil tindakan kepada ahli-ahli Bersatu?“Apa guna MPT parti bermesyuarat tetapi keputusan MPT tidak dihormati oleh Lembaga Disiplin?“Oleh kerana Lembaga Disiplin mengambil tindakan tidak menghormati keputusan MPT, maka saya umumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tinggi Bersatu mulai hari ini,” katanya menerusi hantaran video di Facebook pada Sabtu.Menurut Noh, dalam usaha mengembalikan perpaduan dalam Bersatu, mesyuarat pengukuhan parti turut diadakan sebanyak tiga kali sebelum ini.“Kita telah pun merancang bagaimana cara hendak mengembalikan perpaduan parti Bersatu, tetapi sebelum ia dilaksanakan, tiba-tiba Lembaga Disiplin telah mengambil tindakan.“Sepatutnya tindakan disiplin tidak boleh diambil kepada ahli parti yang telah membuat kenyataan sebelum mesyuarat MPT,” ujarnya.Bekas Pengerusi UMNO Selangor itu turut menyatakan kekecewaan terhadap tindakan disiplin yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.“Saya pernah menasihati Saifuddin yang hendak mengadakan program jelajah di Pahang dan beliau setuju batalkan program tersebut.”Malangnya, Saifuddin telah dipecat. Masa itu, kami masih belum jelas mengenai hala tuju berkaitan tindakan disiplin,” menurutnya.Kata beliau, semua parti berhak mengambil tindakan terhadap ahlinya, namun ia mesti dilaksanakan mengikut Perlembagaan parti.“Saya lihat apa yang berlaku dalam Bersatu ini adalah ia tidak mengikut Perlembagaan. Saya punya prinsip perjuangan ialah tiada sesiapa mengatasi undang-undang.“Sebab itu semasa saya dalam UMNO dulu, apabila tindakan disiplin diambil terhadap saya tidak mengikut Perlembagaan parti, saya minta dipecat terus,” kata beliau. – Sinar Harian Topic Berkaitan #Krisis Bersatu #Noh Omar #Noh Omar letak jawatan #Hamzah Zainudin Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Murid 12 tahun berjaya selamatkan rakan hampir lemas 6 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 18 minutes ago Malaysia KTMB tawar 20 peratus diskaun ETS sempena Tahun Baharu Cina, Ramadan 37 minutes ago Malaysia SPRM tekankan kemahiran kendali senjata api hadapi operasi berisiko tinggi 1 hour ago Malaysia Eksesais Desert Tiger perkukuh kerjasama pertahanan Malaysia-UAE 3 hours ago Malaysia Ambil kesempatan tingkat martabat diri sepanjang Ramadan – PM Anwar 3 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Noh Omar umum letak jawatan ahli MPT Bersatu
