Parti Nasionalis Bangladesh umum bentuk kerajaan menjelang Ahad | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Jumlah mangsa banjir di Beaufort meningkat Dunia Parti Nasionalis Bangladesh umum bentuk kerajaan menjelang Ahad Bisnes Ringgit dijangka diniagakan tinggi minggu depan, dipacu momentum pertumbuhan kukuh Advertisement Dunia Parti Nasionalis Bangladesh umum bentuk kerajaan menjelang Ahad Bernama 14/02/2026 | 10:30 MYT Penyokong bersorak berhampiran pejabat pengerusi BNP sehari selepas pilihan raya parlimen nasional di Dhaka, Bangladesh. – Foto AP DHAKA: Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) memaklumkan bahawa ia akan membentuk kerajaan baharu menjelang Ahad selepas memenangi pilihan raya pertama sejak kebangkitan Julai 2024 yang menggulingkan kerajaan seteru lamanya, Liga Awami, lapor Anadolu Ajansi (AA).“Kerajaan akan dibentuk selewat-lewatnya 15 Feb. BNP akan ke parlimen bersama semua parti,” kata Setiausaha Agung parti itu, Mirza Fakhrul Islam Alamgir, kepada pemberita pada Jumaat ketika melawat kawasan Parlimennya di daerah Thakurgaon di barat laut negara itu.Advertisement Pengerusi BNP, Tarique Rahman, dijangka menjadi calon perdana menteri parti berkenaan. Beliau mengambil alih kepimpinan parti selepas kematian ibunya dan perdana menteri wanita pertama Bangladesh, Khaleda Zia, pada Disember.“Ia akan menjadi kerajaan BNP dan parti akan melaksanakan janji pilihan rayanya serta manifesto parti, termasuk perkara yang ditandatangani dalam Piagam Julai mengenai reformasi, yang akan dilaksanakan secara berperingkat,” katanya.Serentak dengan pilihan raya umum itu, negara berkenaan turut mengadakan referendum mengenai “Piagam Julai” yang diterima pakai Oktober lalu bagi pembaharuan perlembagaan, yang mendapat sokongan besar rakyat.Piagam itu mengandungi lebih 80 cadangan bagi merombak tadbir urus, termasuk had penggal perdana menteri, peluasan kuasa presiden, perlindungan kebebasan badan kehakiman, peningkatan perwakilan wanita dan perluasan hak asasi.Menurut Perlembagaan, sesebuah parti memerlukan 151 kerusi daripada 300 kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan. BNP dan sekutunya memperoleh 212 kerusi dalam pengundian pada Khamis. Pesaing utamanya, blok yang dipimpin Jamaat-e-Islami, memenangi 77 kerusi.Walaupun pilihan raya bagi tiga kerusi ditangguhkan, lapan kerusi lain dimenangi calon bebas dan parti kecil.Lebih 127.6 juta pengundi layak mengundi, dan kadar keluar mengundi direkodkan pada 59.44 peratus, meningkat daripada 41.8 peratus pada pilihan raya Januari 2024. Pilihan raya itu diboikot pembangkang BNP-Jamaat di bawah kerajaan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina yang digulingkan.Secara berasingan, anggota Jawatankuasa Tetap BNP, Salahuddin Ahmed, memberitahu pemberita di Dhaka bahawa kerajaan baharu akan secara rasmi meminta India mengekstradisi Hasina, yang berdepan hukuman mati di negaranya kerana didakwa mengarahkan tindakan keras terhadap protes yang mengorbankan sekurang-kurangnya 1,400 orang, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.“Kami akan menuntut ekstradisi beliau mengikut undang-undang. Ini perkara yang melibatkan Kementerian Luar Bangladesh dan Kementerian Hal Ehwal Luar India. Kami akan menuntut kerajaan India menghantarnya pulang untuk menghadapi perbicaraan,” katanya.Pada November, sebuah mahkamah di Bangladesh menjatuhkan hukuman mati terhadap Hasina secara in absentia atas pertuduhan jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan semasa kebangkitan Julai 2024 yang menggulingkan kerajaannya.Kerajaan sementara di bawah Muhammad Yunus juga beberapa kali meminta ekstradisi Hasina.Seorang aktivis politik dilaporkan dipukul hingga mati di daerah tengah Munshiganj pada Jumaat, manakala parti Jamaat dan sekutunya mendakwa ramai penyokong serta harta mereka diserang ketika BNP meraikan kemenangan pilihan raya.Sekurang-kurangnya 10 orang dilaporkan terbunuh sejak Hari Pengundian atas pelbagai sebab.Ketua Polis Balai Munshiganj Sadar, Mominul Islam, berkata seorang individu dipukul hingga mati akibat permusuhan lama dan konflik pilihan raya.“Satu operasi sedang dijalankan untuk menahan suspek,” katanya kepada akhbar Prothom Alo.BNP turut menggesa agar tiada sambutan kemenangan diadakan.Secara berasingan, pegawai Jamaat memberi amaran akan mengambil “tindakan lebih tegas” sekiranya dakwaan penyelewengan pilihan raya tidak ditangani Suruhanjaya Pilihan Raya.Parti itu, yang memenangi 77 kerusi bersama 10 sekutunya, turut mendakwa parti Liga Awami yang diharamkan sedang dipulihkan dalam politik Bangladesh.– BERNAMA-ANADOLU Topic Berkaitan #BNP #kerajaan baharu #Liga Awami #Tarique Rahman Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia CEO baharu diharap teruskan agenda pengukuhan FELCRA – Ahmad Zahid 13 minutes ago Malaysia Jumlah mangsa banjir di Beaufort meningkat 24 minutes ago Dunia Parti Nasionalis Bangladesh umum bentuk kerajaan menjelang Ahad 33 minutes ago Bisnes Ringgit dijangka diniagakan tinggi minggu depan, dipacu momentum pertumbuhan kukuh 43 minutes ago Dunia Tentera AS bunuh tiga orang dalam serangan terbaharu ke atas bot di Caribbean 54 minutes ago Malaysia Maritim Malaysia berjaya selamatkan 1,786 mangsa menerusi 256 operasi sepanjang 2025 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Parti Nasionalis Bangladesh umum bentuk kerajaan menjelang Ahad
