Patuh peraturan bunga api sempena Tahun Baharu Cina

Patuh peraturan bunga api sempena Tahun Baharu Cina | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia PFA mohon FAM pertimbangkan semula keputusan pemecatan Malaysia Kemalangan, pertambahan kenderaan punca trafik perlahan malam ini – LLM Advertisement Malaysia Patuh peraturan bunga api sempena Tahun Baharu Cina Ernalisa Othman 15/02/2026 | 21:20 MYT Pihak polis menjelaskan bahawa hanya dua jenis bunga api, iaitu Pop-Pop dan Happy Boom, dibenarkan kerana ia tidak mengandungi bahan bakar berbahaya yang boleh menjejaskan keselamatan awam. KUALA LUMPUR: Polis menegaskan larangan terhadap sebarang aktiviti memiliki, menjual, membeli, atau menggunakan mercun dan bunga api tanpa kebenaran rasmi sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina yang disambut Selasa ini.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, menjelaskan bahawa hanya dua jenis bunga api, iaitu Pop-Pop dan Happy Boom, dibenarkan kerana ia tidak mengandungi bahan bakar berbahaya yang boleh menjejaskan keselamatan awam.Advertisement “Walaupun dibenarkan, penjualan kedua-dua jenis ini masih memerlukan permit daripada Ibu Pejabat Polis Daerah masing-masing dan perlu mematuhi spesifikasi keselamatan yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.Katanya, mana-mana individu yang memiliki, menjual, membeli atau menggunakan mercun dan bunga api selain daripada yang dibenarkan akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.Fadil turut menegaskan bahawa mereka yang disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali, bergantung kepada keputusan mahkamah.Selain itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak menggunakan mercun atau bunga api selepas pukul 12 tengah malam bagi mengelakkan gangguan kepada keselamatan dan ketenteraman awam.“Sekiranya peraturan ini dilanggar, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 13 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000,” jelas beliau.Beliau menekankan bahawa langkah ini diambil untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terjaga sepanjang perayaan berlangsung.“Kerjasama daripada masyarakat amat penting. Dengan mematuhi undang-undang, kita dapat mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini yang boleh menjejaskan keharmonian sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya kepada media ketika ditemui di Dataran Merdeka, di sini pada Ahad.Polis juga jelasnya akan meningkatkan pemantauan dan rondaan di kawasan tumpuan awam serta perumahan untuk memastikan tiada penyalahgunaan mercun berlaku.Beliau menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang degil, termasuk tangkapan dan pendakwaan, sebagai langkah pencegahan terhadap kemalangan dan gangguan keselamatan sepanjang perayaan berlangsung. Topic Berkaitan #Juala mercun #ikuti peraturan #tindakan tegas Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 39 minutes ago Malaysia PFA mohon FAM pertimbangkan semula keputusan pemecatan 1 hour ago Malaysia Kemalangan, pertambahan kenderaan punca trafik perlahan malam ini – LLM 2 hours ago Politik Keputusan sertai UMNO dibuat MKT – Ahmad Maslan 2 hours ago Malaysia 'Saya ingatkan Azam Baki jangan terlalu yakin' – Rafizi 2 hours ago Malaysia Polis teliti Himpunan Aman #TangkapAzamBaki, pastikan tiada unsur 3R 3 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *