PBB: Lebih satu juta penduduk Lubnan hilang tempat tinggal susulan serangan Israel | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Malaysia Polis Kota Kinabalu rekod kerugian lebih RM11 juta akibat penipuan dalam talian Malaysia Kerajaan MADANI jamin bekalan asas mencukupi – Mustapha Sakmud Malaysia Reformasi perumahan perkukuh tadbir urus, sasar sifar projek sakit menjelang 2030 – Nga Advertisement Dunia PBB: Lebih satu juta penduduk Lubnan hilang tempat tinggal susulan serangan Israel Bernama 19/03/2026 | 18:50 MYT Dianggarkan lebih satu juta orang kini hilang tempat tinggal, termasuk 367,000 kanak-kanak. – Foto Reuters HAMILTON (KANADA): Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu memberi amaran bahawa lebih satu juta penduduk hilang tempat tinggal di Lubnan susulan serangan Israel yang semakin memuncak di seluruh negara itu, dengan hampir satu pertiga daripada mereka yang terjejas adalah kanak-kanak, lapor Anadolu Ajansi (AA).“Sepanjang malam hingga awal pagi, serangan Israel ke atas bahagian tengah Beirut dilaporkan menyebabkan lebih banyak korban jiwa,” kata jurucakap PBB Farhan Haq pada sidang media, sambil menambah kawasan kediaman turut diserang sehingga menyebabkan sebuah bangunan bertingkat runtuh.Advertisement Merujuk kepada serangan Israel ke atas kemudahan kesihatan, Haq berkata: “Awal hari ini, pihak berkuasa melaporkan tiga hospital kerajaan mengalami kerosakan besar akibat serangan Israel, sekali gus mencederakan petugas kesihatan.”Beliau menambah bahawa “lebih satu juta orang kini hilang tempat tinggal, termasuk 367,000 kanak-kanak – iaitu hampir satu pertiga daripada jumlah itu,” ketika pertempuran antara tentera Israel dan kumpulan bersenjata di Lubnan tidak menunjukkan tanda akan reda.Memetik Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL), Haq melaporkan keadaan keselamatan di kawasan operasinya semakin meruncing.Beliau menyatakan berlaku “insiden berbalas tembakan yang sengit, peningkatan aktiviti udara dan darat serta kehadiran lebih ramai tentera Israel di dalam wilayah Lubnan.”Mengulangi kebimbangan terhadap arahan pemindahan baharu Israel yang “menjejaskan orang awam di kedua-dua belah Garisan Biru,” PBB menggesa semua pihak supaya mengelakkan keadaan daripada menjadi lebih buruk.“Kami terus menyeru supaya ketegangan diredakan dan menggesa semua pihak menggunakan saluran diplomatik serta komited terhadap pelaksanaan penuh Resolusi Majlis Keselamatan 1701,” kata Haq.Israel memperluas serangan ketenteraannya ke atas Lubnan selepas Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada 28 Feb lepas.Pada 2 Mac, kumpulan Hizbullah menyerang sebuah tapak tentera di utara Israel sebagai tindak balas terhadap apa yang disifatkan sebagai serangan berterusan Israel ke atas Lubnan walaupun terdapat gencatan yang senjata berkuat kuasa antara Israel dan Lubnan pada November 2024, selain pembunuhan Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei dalam serangan udara bersama AS-Israel.Menurut pihak berkuasa Lubnan, serangan Israel ke atas negara itu telah mengorbankan 912 orang, termasuk 111 kanak-kanak dan 67 wanita, serta mencederakan 2,221 yang lain, termasuk 334 kanak-kanak dan 375 wanita, manakala lebih satu juta orang hilang tempat tinggal.– BERNAMA-ANADOLU Topic Berkaitan #PBB #Lubnan #israel #Farhan Haq #hilang tempat tinggal Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Polis Kota Kinabalu rekod kerugian lebih RM11 juta akibat penipuan dalam talian 16 minutes ago Malaysia Kerajaan MADANI jamin bekalan asas mencukupi – Mustapha Sakmud 31 minutes ago Malaysia Reformasi perumahan perkukuh tadbir urus, sasar sifar projek sakit menjelang 2030 – Nga 46 minutes ago Malaysia Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu 1 hour ago Berita Kenaikan diesel wajar ditangguh sehingga selepas Aidilfitri – Ketua pembangkang 1 hour ago Malaysia Indeks Kebahagiaan Malaysia meningkat kepada 81 peratus – Ipsos 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
PBB: Lebih satu juta penduduk Lubnan hilang tempat tinggal susulan serangan Israel
