PDRM segerakan siasatan, dedah petualang dakwaan komplot sabotaj negara – Kamil Munim | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Presiden Mexico tegaskan semula komitmen menjelang lawatan FIFA bagi Piala Dunia 2026 Dunia Trump sahkan Amerika Syarikat lancar 'operasi pertempuran besar' di Iran Malaysia Jabatan Imigresen sahkan tiga anak Tun Daim berada di luar negara Advertisement Malaysia PDRM segerakan siasatan, dedah petualang dakwaan komplot sabotaj negara – Kamil Munim Bernama 28/02/2026 | 15:35 MYT Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhammad Kamil Abdul Munim berkata sekiranya dakwaan berkenaan benar, ia merupakan satu bentuk ancaman luar yang tidak boleh dipandang ringan. – Gambar fail/Bernama KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta segera menjalankan siasatan menyeluruh dan mendedahkan petualang yang terlibat serta bersubahat dalam dakwaan wujudnya komplot untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhammad Kamil Abdul Munim berkata sekiranya dakwaan berkenaan benar, ia merupakan satu bentuk ancaman luar yang tidak boleh dipandang ringan apatah lagi jika terdapat watak pengkhianat daripada dalam yang sanggup bersekongkol demi kepentingan peribadi.Advertisement “Kita memandang serius mengenai dakwaan wujudnya usaha melibatkan firma asing untuk memberi tekanan terhadap sendi dan institusi negara.“Perkara ini menyentuh secara langsung soal kedaulatan dan maruah negara dan tidak sekadar polemik atau rengekan biasa,” katanya menerusi hantaran di aplikasi X hari ini.Sehubungan itu, beliau yang juga Setiausaha Politik Menteri Kewangan menegaskan pihak berkuasa perlu bertindak segera tanpa mengira kedudukan mana-mana pihak yang terlibat.“Kita tidak mahu lagi perkara sebegini dilihat sebagai helah politik. Rakyat berhak mengetahui kebenaran dan negara tidak boleh bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang sanggup memperdagang kedaulatan serta maruah negara demi apa saja kepentingan yang merosakkan,” katanya.Semalam, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan gerakan yang melibatkan kerjasama antara seorang tokoh tempatan berpengaruh dengan sebuah agensi media antarabangsa pada Khamis.Siasatan kini dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan.– BERNAMA Topic Berkaitan #Kamil Munim #PDRM #siasat #firma asing #tekanan #sabotaj # institusi negara Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Presiden Mexico tegaskan semula komitmen menjelang lawatan FIFA bagi Piala Dunia 2026 5 minutes ago Dunia Trump sahkan Amerika Syarikat lancar 'operasi pertempuran besar' di Iran 16 minutes ago Malaysia Jabatan Imigresen sahkan tiga anak Tun Daim berada di luar negara 20 minutes ago Malaysia Empat negeri terlibat Sukan SEA, KBS mahu pastikan tiada masalah logistik 35 minutes ago Malaysia Reman pelajar disyaki hina Islam disambung tiga hari 50 minutes ago Bisnes Dividen KWSP tidak boleh disalurkan sepenuhnya ke Akaun 3 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
PDRM segerakan siasatan, dedah petualang dakwaan komplot sabotaj negara – Kamil Munim
