Pek bantuan makanan beri ‘nafas’ kepada pelarian Palestin di bulan Ramadan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Pengurusan Program Matrikulasi, keselamatan IPT antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Dunia Juruterbang maut selepas jet pejuang F-16 Turkiye terhempas di Balikesir Malaysia JHEAINS siasat dakwaan wanita tidak hormati Ramadan menerusi siaran langsung TikTok Advertisement Dunia Pek bantuan makanan beri ‘nafas’ kepada pelarian Palestin di bulan Ramadan Astro AWANI 25/02/2026 | 09:00 MYT Menurut Ahmad Abbas, keadaan para pelarian semakin terhimpit akibat dasar pekerjaan di Lubnan yang mengehadkan beberapa sektor pekerjaan terhadap warga Palestin. BEIRUT: Sebanyak 170 pek bungkusan barangan asas untuk memasak diagihkan kepada pelarian Palestin yang tinggal di Kem Ein El-Hilweh di Beirut, Lubnan pada Isnin.Sumbangan tersebut diagihkan oleh Karisma Humanitarian Outreach Mission (KHOM) Malaysia melalui misi talian hayat pada musim sejuk bagi membantu para pelarian yang hidup dalam kesempitan setelah hampir tujuh dekad menetap di negara jiran.Advertisement Ahmad Abbas Salibi, 49, berkata, keadaan para pelarian semakin terhimpit akibat dasar pekerjaan di Lubnan yang mengehadkan beberapa sektor pekerjaan terhadap warga Palestin.Malah beliau turut menyatakan, bantuan daripada Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) juga berkurangan berbanding sebelum ini.“Kami hidup dalam kemurungan dan merasakan seolah-olah tiada siapa yang menjaga dan membantu kami,” katanya ketika ditemu bual oleh Astro AWANI. Image Sebanyak 170 pek bungkusan barangan asas untuk memasak diagihkan kepada pelarian Palestin yang tinggal di Kem Ein El-Hilweh di Beirut, Lubnan pada Isnin. – Gambar Astro AWANI Namun, pada masa sama, beliau menzahirkan penghargaan kepada warga Malaysia yang menyalurkan bantuan serta sering menyatakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.“Bantuan anda memberikan kebahagiaan kepada kami yang berada di Lubnan (namun) rakyat Malaysia masih memikirkan keadaan kami, secara psikologi, bantuan ini berimpak tinggi buat kami,” katanya.Pengerusi KHOM Malaysia, Nik Marina Datuk Hussin berpendapat, kebanyakan pelarian Palestin mempunyai kadar literasi yang tinggi namun bakat terhalang akibat dasar negara tuan rumah yang enggan mengiktiraf kebolehan mereka.Beliau turut menyifatkan pek bantuan tersebut adalah kotak harapan bagi para pelarian yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah, warga emas dan golongan wanita.“Jadi kotak-kotak barangan makanan ini adalah harapan buat mereka (warga pelarian) yang datang daripada rakyat Malaysia,” kata Marina.Pada Februari 2024, UNRWA dalam kenyataannya berkata, agensi tersebut berdepan krisis kewangan untuk membantu pelarian Palestin akibat Israel mendakwa kakitangannya terlibat dalam serangan 7 Oktober.Susulan daripada dakwaan tersebut beberapa penderma utama dari Amerika Syarikat dan Jerman menggantung sementara pembiayaan tersebut sementara PBB menyiasat dakwaan tersebut.Untuk rekod terdapat hampir 250,000 pelarian Palestin yang menetap di 12 kem pelarian di sekitar Lubnan sejak diusir oleh pendatang yahudi ketika peristiwa Nakbah pada 1948. Image Marina menyampaikan pek bantuan barangan asas untuk memasak kepada seorang pelarian Palestin. – Gambar Astro AWANI Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Pengurusan Program Matrikulasi, keselamatan IPT antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini 4 minutes ago Dunia Juruterbang maut selepas jet pejuang F-16 Turkiye terhempas di Balikesir 13 minutes ago Malaysia JHEAINS siasat dakwaan wanita tidak hormati Ramadan menerusi siaran langsung TikTok 24 minutes ago Bisnes Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama lain 33 minutes ago Malaysia Mangsa ribut di Taiping berkurangan pagi ini 44 minutes ago Malaysia Nga teruskan tradisi bersahur bersama warga JBPM 59 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Pek bantuan makanan beri ‘nafas’ kepada pelarian Palestin di bulan Ramadan
