Pelabur China dijemput teroka peluang yang luas di Sabah – Hajiji

Pelabur China dijemput teroka peluang yang luas di Sabah – Hajiji | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Khamenei akan dikebumikan di kota suci Mashhad – Laporan Malaysia Hubungan Malaysia-Indonesia teguh, sedia pacu pertumbuhan lebih pesat – Duta Besar Malaysia Anwar, Prabowo bakal adakan pertemuan, bincang perkukuh hubungan dua hala Advertisement Bisnes Pelabur China dijemput teroka peluang yang luas di Sabah – Hajiji Bernama 04/03/2026 | 04:45 MYT Hajiji berkata, berpandukan pelan hala tuju SMJ 2.0, Sabah komited untuk menjalin pakatan strategik domestik dan antarabangsa bagi memacu agenda pembangunan negeri. – Gambar fail/BERNAMA KOTA KINABALU: Pelabur China dijemput meneroka peluang yang luas di Sabah terutamanya dalam sektor Ekonomi Biru, tenaga boleh baharu, infrastruktur pintar, inovasi digital dan pelancongan mampan.Ketua Menterinya Datuk Seri Hajiji Noor mempelawa para pelabur berkenaan sambil menggambarkan pendekatan proaktif negeri dalam kerjasama ekonomi antarabangsa.Advertisement Menekankan hala tuju ekonomi yang tepat bagi negeri ini, Hajiji menegaskan kepentingan membina kerjasama yang kukuh dan berterusan bagi mencapai matlamat pelbagai aspek di negeri ini.”Berpandukan pelan hala tuju Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0, kita komited untuk menjalin pakatan strategik domestik dan antarabangsa bagi memacu agenda pembangunan negeri,” katanya.Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Konsulat Republik Rakyat China di Kota Kinabalu yang berlangsung di Magellan Sutera di sini malam tadi.Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.Majlis berkenaan juga berfungsi sebagai platform penting bagi memperingati hubungan lama dan pencapaian diplomatik bersejarah kedua-dua wilayah dalam tempoh 50 tahun yang lepas.”Kita amat berbesar hati meraikan lebih lima dekad persahabatan yang berkekalan sertahubungan diplomatik antara Malaysia dan China serta antara Sabah dan China,” kata Hajiji.Hajiji berkata Sabah terus mendapat manfaat daripada hubungan kukuh dengan China yang kekal sebagai rakan utama dalam sektor perdagangan, pelancongan dan infrastruktur negeri.”Hubungan dua hala kita terus berkembang pesat, berteraskan asas saling menghormati, kepercayaan strategik serta kerjasama ekonomi yang kukuh dan semakin meluas.”Hubungan yang berkembang pesat ini terbukti melalui peningkatan kesalinghubungan serta kerjasama perniagaan yang rancak dan semakin meluas pada hari ini,” katanya.Memandang ke hadapan, selain manfaat ekonomi, menurut Hajiji, kerjasama yang diperkukuh antara Malaysia dan China serta antara Sabah dan China, akan mempertingkatkan hubungan sosial dan membina asas kepercayaan yang berkekalan serta kemajuan bersama yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara dan rakyatnya.”Semoga Tahun Kuda Api yang melambangkan kekuatan, keyakinan, tenaga dan keazaman ini akan memupuk kerjasama yang lebih erat serta kerjasama yang lebih rapat antara negara kita, sekali gus membawa kemakmuran kepada seluruh rakyat,” katanya.– BERNAMA Topic Berkaitan #pelabur China #sabah #smj 2.0 #Pelancongan Mampan # Hajiji Noor Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Khamenei akan dikebumikan di kota suci Mashhad – Laporan 21 minutes ago Malaysia Hubungan Malaysia-Indonesia teguh, sedia pacu pertumbuhan lebih pesat – Duta Besar 31 minutes ago Malaysia Anwar, Prabowo bakal adakan pertemuan, bincang perkukuh hubungan dua hala 41 minutes ago Bisnes Amanahraya pegang dana tertangguh RM452 juta setakat 31 Disember 2025 – MOF 56 minutes ago Bisnes IILM berjaya terbitkan sukuk AS$1.29 bilion di tengah-tengah turun naik geopolitik global 1 hour ago Sukan All England 2026: Dua beregu campuran negara pulang awal 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *