Pembunuh Senyap: Keracunan Gas Karbon Monoksida

Pembunuh Senyap: Keracunan Gas Karbon Monoksida | MajalahSains 23 °c Kuala Lumpur 26 ° Sat 27 ° Sun 27 ° Mon 25 ° Tue Friday, February 20, 2026 Cart / RM0.00 No products in the cart. No Result View All Result e-ISSN : 2682-8456 Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers No Result View All Result No Result View All Result Pembunuh Senyap: Keracunan Gas Karbon Monoksida Pembunuh Senyap: Keracunan Gas Karbon Monoksida by Editor 20/02/2026 in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan 0 0 0 Penulis: Dr. Wan Mohammad Hafiz bin Wan Razali  Pensyarah Perubatan, Jabatan Patologi Forensik Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM)  Dalam dunia perubatan forensik, kematian sering kali meninggalkan jejak yang boleh ditafsir oleh mereka yang terlatih. Tubuh manusia, walaupun sudah tidak bernyawa, namun ia masih mampu menceritakan mengenai saat-saat akhir kehidupan mereka melalui perubahan fisiologi dan kimia dalam badan sewaktu sebelum dan juga selepas meninggal dunia. Salah satu cerita yang paling tragis namun sering berulang dalam masyarakat kita adalah kematian akibat keracunan gas karbon monoksida. Ia digelar pembunuh senyap atau the silent killer kerana sifatnya yang hadir tanpa rupa, tanpa bau, dan tanpa rasa, namun mampu meragut nyawa dalam masa yang singkat tanpa disedari oleh mangsa. Karbon monoksida adalah gas beracun yang terhasil daripada proses pembakaran bahan api yang tidak lengkap. Ia wujud di sekeliling kita, terutamanya daripada ekzos kenderaan, asap kebakaran, dan juga daripada peralatan pemanas yang rosak. Ancaman utama gas ini terletak pada interaksinya dengan darah manusia. Di dalam tubuh kita, sel darah merah mengandungi protein bernama hemoglobin yang berfungsi sebagai kenderaan untuk mengangkut gas oksigen dari paru-paru ke seluruh tisu badan. Namun, hemoglobin mempunyai satu kelemahan fatal iaitu ia mempunyai daya tarikan atau afiniti kimia terhadap karbon monoksida yang jauh lebih tinggi yang mana ia dianggarkan antara 200 hingga 250 kali ganda lebih kuat berbanding daya tarikannya terhadap oksigen. Sebagai contoh, apabila seseorang menghidu udara yang tercemar dengan gas karbon monoksida, molekul karbon monoksida akan merampas tempat oksigen pada hemoglobin, membentuk sebatian yang dipanggil karboksihemoglobin (Rajah 1). Akibatnya, darah tidak lagi mampu membawa oksigen yang mencukupi ke otak dan jantung. Keadaan ini menyebabkan hipoksia dalaman yang kritikal, di mana sel-sel badan lemas kerana tidak dapat menerima oksigen daripada darah merah walaupun mangsa masih bernafas seperti biasa, angkara sebatian. Rajah 1. Ilustrasi menunjukkan pembentukan karboksihemoglobin dalam darah. Senario yang paling kerap dikaitkan dengan keracunan ini di Malaysia adalah kematian di dalam kenderaan yang berhenti. Kita sering dikejutkan dengan laporan media mengenai individu atau sekeluarga yang ditemui meninggal dunia di dalam kereta di kawasan rehat lebuh raya atau stesen minyak. Dalam kebanyakan kes ini, enjin kenderaan dibiarkan hidup untuk membolehkan sistem penghawa dingin berfungsi. Orang ramai sering menyalah anggap bahawa kematian ini berpunca daripada kehabisan oksigen di dalam ruang kabin yang tertutup. Hakikat sebenarnya adalah jauh lebih menakutkan. Kematian dalam situasi ini biasanya berlaku akibat kebocoran pada sistem ekzos kenderaan atau struktur lantai kereta yang berkarat. Apabila kereta tidak bergerak, asap ekzos yang mengandungi karbon monoksida dalam kepekatan tinggi boleh terkumpul di bawah kenderaan dan meresap masuk ke dalam kabin penumpang melalui celahan-celahan kecil. Sifat gas karbon monoksida yang turut memberi kesan sedatif atau mengantuk menyebabkan mangsa tidak menyedari bahawa mereka sedang diracuni. Mereka mungkin berasa sedikit pening atau letih, lalu tertidur, dan akhirnya tidak sedarkan diri apabila paras tepu carboxyhemoglobin dalam darah meningkat ke tahap yang membawa maut. Inilah sebabnya mengapa mangsa dalam kes sebegini sering ditemui dalam keadaan seolah-olah sedang tidur dengan tenang. Selain daripada kenderaan, keracunan karbon monoksida juga merupakan punca utama kematian dalam kejadian kebakaran rumah atau bangunan. Sering kali, apabila bedah siasat dijalankan ke atas mangsa kebakaran, pakar patologi forensik mendapati bahawa punca kematian bukanlah disebabkan oleh luka terbakar semata-mata, sebaliknya akibat terhidu asap tebal yang sarat dengan karbon monoksida. Dalam kebakaran di ruang tertutup, pembakaran perabot dan struktur bangunan membebaskan kuantiti karbon monoksida yang sangat besar. Mangsa yang terperangkap mungkin akan pengsan dan meninggal dunia akibat keracunan gas ini jauh lebih awal sebelum api sempat menyambar tubuh mereka. Dalam penyiasatan forensik bagi kes kebakaran, kehadiran jelaga hitam di dalam saluran pernafasan trakea dan paru paru adalah petunjuk penting bahawa mangsa masih bernafas semasa kebakaran berlaku. Ini, digabungkan dengan paras karboksihemoglobin yang tinggi dalam darah, mengesahkan bahawa mangsa meninggal dunia akibat asfiksia kimia daripada asap, dan bukannya mati sebelum kebakaran bermula. Penemuan ini amat kritikal dalam membezakan antara kematian kemalangan dan kes jenayah yang cuba dilindungi dengan pembakaran bukti. Dari sudut pandang patologi forensik, diagnosis keracunan karbon monoksida ini sering kali dapat dikesan melalui tanda luaran yang sangat spesifik pada jenazah. Dalam kematian biasa, darah yang tidak lagi dipam oleh jantung akan mendap ke bahagian terendah tubuh akibat tarikan graviti, membentuk lebam mayat atau juga dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai hypostasis atau livor mortis. Lebam mayat untuk kes kematian yang biasa seperti masalah semula jadi seperti serangan jantung akan berwarna merah gelap atau keunguan, menjadikan lebam mayat kelihatan lebam biru-ungu. Namun, situasi ini berbeza bagi mangsa k

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *