Pemergian Syed Muhammad Naquib al-Attas kehilangan besar dunia keilmuan – KPT | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Peniaga didakwa beri rasuah RM53,000 berhubung kes ganggu, ambil elektrik Dunia Bangunan runtuh selepas kebakaran di Glasgow, perkhidmatan tren terjejas Malaysia Kajian kebolehlaksanaan pindaan Akta Ibu Kota dijangka siap hujung bulan ini – Hannah Advertisement Malaysia Pemergian Syed Muhammad Naquib al-Attas kehilangan besar dunia keilmuan – KPT Bernama 09/03/2026 | 13:30 MYT Allahyarham dikenali sebagai seorang sarjana ulung yang telah memberikan sumbangan amat besar dalam pembangunan tradisi keilmuan Islam serta pembinaan kerangka intelektual berteraskan nilai dan pandangan alam Islam. -Gambar fail PUTRAJAYA: Pemergian Prof Diraja Tan Sri Syed Muhammad Naquib al-Attas merupakan satu kehilangan besar kepada dunia akademik dan peradaban ilmu khususnya dalam bidang pemikiran dan tamadun Islam, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).Menurut KPT dalam kenyataan hari ini, Allahyarham dikenali sebagai seorang sarjana ulung yang telah memberikan sumbangan amat besar dalam pembangunan tradisi keilmuan Islam serta pembinaan kerangka intelektual berteraskan nilai dan pandangan alam Islam. Advertisement “Antara sumbangan terbesar Allahyarham ialah memperkenalkan gagasan Islamisasi ilmu yang telah memberi pengaruh besar dalam wacana pemikiran Islam moden serta dalam pembinaan sistem pendidikan berteraskan nilai-nilai Islam. “Gagasan tersebut merangkumi pelbagai cabang keilmuan termasuk falsafah, teologi, sejarah, metafizik, bahasa, sastera dan seni,” menurut kenyataan itu.Menurut kenyataan itu, Allahyarham turut terlibat dalam penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta mengasaskan Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) pada 1987 yang menjadi pusat rujukan penting dalam pengajian tamadun dan pemikiran Islam serta telah melahirkan ramai sarjana dan ilmuwan dari pelbagai negara. “Selain itu, Allahyarham juga merupakan antara tokoh penting dalam penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan telah menyumbang dalam merencana dasar, falsafah serta identiti universiti tersebut,” menurut kenyataan itu.KPT memaklumkan Allahyarham telah dikurniakan gelaran Profesor Diraja oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 23 Okt 2024 sebagai pengiktirafan Kerajaan MADANI terhadap sumbangan besar beliau kepada dunia akademik dan ketamadunan.”Pelantikan ini menjadikan Allahyarham sebagai Prof Diraja kedua negara selepas Allahyarham Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid yang menerima pengurniaan tersebut pada 1978,” menurut kenyataan itu.KPT turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa, pemikiran dan legasi intelektual yang ditinggalkan Allahyarham dan berharap sumbangan beliau akan terus menjadi sumber inspirasi kepada generasi sarjana, ilmuwan dan mahasiswa dalam memartabatkan budaya ilmu serta memperkukuh pembangunan intelektual negara. Syed Muhammad Naquib yang meninggal dunia pada 6.47 petang semalam, pada usia 95 tahun, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara hari tadi.– BERNAMA Topic Berkaitan #KPT #Muhammad Naquib #Kehilangan #akademik #peradaban ilmu #pemikiran #tamadun Islam Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Peniaga didakwa beri rasuah RM53,000 berhubung kes ganggu, ambil elektrik 6 minutes ago Dunia Bangunan runtuh selepas kebakaran di Glasgow, perkhidmatan tren terjejas 6 minutes ago Malaysia Kajian kebolehlaksanaan pindaan Akta Ibu Kota dijangka siap hujung bulan ini – Hannah 20 minutes ago Malaysia ‘Ada rencana luar asing cemburu, mahu campur tangan urusan politik negara kita’ – PM 36 minutes ago Malaysia Pemergian Syed Muhammad Naquib al-Attas kehilangan besar dunia keilmuan – KPT 36 minutes ago Bisnes RM2.4 billion bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi suku pertama 2026 46 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Pemergian Syed Muhammad Naquib al-Attas kehilangan besar dunia keilmuan – KPT
