Pemuda ‘hero Tasik Biru’ terima layanan VIP oleh PM di majlis iftar

Pemuda ‘hero Tasik Biru’ terima layanan VIP oleh PM di majlis iftar | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Daftar pemilih tambahan Januari 2026 dibuka untuk semakan – SPR Malaysia Polis lengkapkan kertas siasatan kes pelajar hina agama Advertisement Malaysia Pemuda ‘hero Tasik Biru’ terima layanan VIP oleh PM di majlis iftar Asyraf Malik 27/02/2026 | 21:15 MYT Sekumpulan pemuda mendapat layanan ‘karpet merah’ oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika majlis berbuka puasa bersama penggiat media dan pempengaruh di Dewan Bankuet, Kompleks Seri Perdana, pada Jumaat. – Astro AWANI PUTRAJAYA: Sekumpulan pemuda mendapat layanan ‘karpet merah’ oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika majlis berbuka puasa bersama penggiat media dan pempengaruh di Dewan Bankuet, Kompleks Seri Perdana, di sini, pada Jumaat.Ia susulan keberanian tujuh sekawan itu menyelamatkan seorang ibu dan dua anak kecil selepas kereta mangsa terbabas ke dalam sebuah tasik di Kundang, Selangor, pada Selasa.Advertisement Dalam kejadian itu, mereka bertujuh membentuk ‘rantai manusia’ untuk bersama-sama menarik tiga beranak terbabit ke tempat selamat.Kumpulan pemuda itu sampai di Dewan Bankuet sekitar jam 7.58 malam, ketibaan mereka disambut mesra oleh Anwar.Perdana Menteri kemudian meluangkan masa sekitar 15 minit bersama pemuda itu untuk bertanya khabar dan mengimbau kembali detik cemas dilalui mereka.Anwar sambil diiringi Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil kemudian secara peribadi mengiringi mereka ke meja makan untuk menikmati juadah iftar.Lebih mencuit hati apabila Anwar mengambil peluang untuk membuka serbet dan meletakkan kain linen kepada pakaian pemuda tersebut, seolah-olah menjalankan tugas seorang pelayan.Dalam majlis sama, 10 penggiat dan veteran media yang sedang menghadapi kesulitan hidup menerima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA, antaranya Bekas Penolong Pengarang Berita Sinar Harian, Norlee Muhammad Sapari dan Bekas Penyunting Berita Harian, Nasri Abdullah.Majlis turut diserikan dengan tazkirah Ramadan disampaikan Ustaz Haryanto Rizal Lokman kepada lebih 350 hadirin.Program ini bertujuan memerkukuh sinergi pengamal media dengan pimpinan negara untuk menyampaikan maklumat sahih, bertingeriti dan berpaksikan nilai Malaysia MADANI. Topic Berkaitan #hero Tasik Biru #karpet merah #Perdana Menteri Anwar Ibrahim #majlis berbuka puasa Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 2 hours ago Malaysia Daftar pemilih tambahan Januari 2026 dibuka untuk semakan – SPR 2 hours ago Malaysia Polis lengkapkan kertas siasatan kes pelajar hina agama 2 hours ago Malaysia HAWANA 2026 pilih Pulau Pinang sebagai tuan rumah – Fahmi 2 hours ago Malaysia KPT tidak akan berkompromi dengan perlakuan tidak beradab pelajar – Zambry 2 hours ago Malaysia APM Terengganu kendali 1,700 kes ular dalam tempoh hampir dua bulan 3 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *